Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Friday, October 7, 2011

MASALAH DAN UJIAN

Bismillahirahmanirrahim.
untuk entry kali ni,,aku nak cakap perkara "common" berlaku dalam hidup kita as manusia. mungkin kita sedar, mungkin kita tak sedar.


MASALAH,PROBLEM,MUSYKILAH adalah satu perkara yang sama. tiada siapa yang pernah terlepas dari masalah. masalah yang terjadi boleh disebabkan oleh banyak faktor. bila seseorang itu mempunyai masalah,apekah yang dia rasa? mungin sedih, mungkin juga marah, mungkin juga "tension", mungkin juga perasaan yang lain-lain.


DEFINISI MASALAH


kereta pancit, takde duit, pening kepala, sakit hati, anak buat perangai
-ini semua adalah contoh masalah. masalah-masalah ini hanyalah sebilangan kecil jika dibandingkan dengan masalah-masalah yang lain yang terdapat di dunia ni. manusia tidak akan terlepas dari menghadapi masalah. kadang- kadang bagi sestengah orang, ia mungkin menjadi masalah bagi dia tapi bukan kita. kadang-kadang kita bermasalah dalam menghadapi sesuatu. tapi bagi orang lain, ia adalah perkara biasa dan tidak mendatangkan masalah. definisi masalah ini terlalu besar and terlalu subjektif bagi setiap orang.


MASALAH DAN UJIAN


masalah atau lebih sesuai kita panggil sebagai ujian. bilamana dipanggil ujian, kita perlu ingat bahawa ujian itu datang dari Allah. kadang-kadang kita salahkan pihak lain apabila kita ditimpa masalah. 


sebagai contoh, apabila dimarah oleh bos di tempat kerja. dengan perasaan marah, kita marah bos balik sebab cakap kita tak pandai buat kerja dan bos suka "complain". asek tak puas hati je.

BERSIHKAN DIRI, SUCIKAN HATI


pernah tak kita berada kat tempat bos and pikir kerja dia?
 pernah tak kita tau kerja bos tu macam mana?
 pernah tak kita pikir bahawa satu hari nanti kita mungkin akan jadi bos dan orang bawahan kita marah kita?
 pernah tak kita pikir semua itu?
perlu ke salahkan orang lain?


ini yang kebanyakkan orang buat. mereka tak pernah pikir semua itu. mereka tidak pernah pikir untuk berada di tempat orang lain. like english idiom said-have the shoe on other foot". sebagai orang Islam, kita seharusnya berfikir ape yang telah kita lakukan selama ini. adekah ape yang kita buat selama ini betul? pernah tak kita berfikir bahwa segala masalah yang datang itu datangnya dari dosa-dosa kita yang lalu. terlalu banyak dosa kita. terlalu banyak salah kita. terlalu banyak yang kita ingkar akan arahan Allah tanpa sedar dan tidak sedar.orang yang menulis ini pon terlalu banyak dosa :'( 


ALLAH MAHA MENGETAHUI


ye btol. setiap orang takkan lari daripada masalah. perlu kita ingat, masalah juga datang dari Allah. mungkin ia adalah ujian dari Allah atas dosa-dosa kita yang lalu. berfikiran positiflah terhadap Allah. jangan salahkan Allah atas ape yang berlaku. sesungguhnya Allah mahukan yang terbaik untuk hamba-hambanya dan Dialah yang Maha Mengetahui. mungkin hidup kita terlalu dipenuhi dengan kemewahan dan kesenangan sampaikan kita lupa pada Pencipta kita. bila ujian atau masalah menimpa, barulah dengan malunya kita terhegeh-hegeh mencari Allah. begitu lalainya kita pada Allah. masa senang kita lupakan Dia, masa susah kita cari Dia. sedangkan Allah sentiasa bersama-sama dengan kita setiap masa dan setiap waktu. ujian yang kita dapat adalah tanda Allah masih sayangkan kita.


"firman Allah SWT:wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”-hadis qudsi


jadi, apabila kita ditimpa masalah jangan mudah mengalah. muhasabah diri dan pikirlah hikmah disebalik ujian tersebut. terlalu banyak dosa kita, terlalu banyak khilaf kita pada Allah. berdoalah pada Allah moga ujian yang kita dapat ini akan meningkatkan iman kita dan membawa kita dekat kepada-Nya. Wallahu'alam.
nice joke i guess :D

p/s:aku juga hamba yang banyak dosa dan banyak khilaf. maaf andai diri ini tidak sempurna :'(





Wednesday, October 5, 2011

U-Turn with Ustaz Riduan and Catriona Ross

salam to all readers. for this week,starting from today until 9th October 2011, mahallah aku ade buat event yg dinamakan MyWeek2011. opening ceremony bermula malam tadi pukul 8 malam-11.30 malam. alhamdulillah majlis Forum U-Turn yg berlangsung tadi berjalan dgn lancar and sgt best! :))
tetamu jemputan untuk forum U-Turn ialah Catriona Ross and Ustaz Riduan. uishhhhh. memang bes sgt2 forum td. moderator pon boleh tahan kelakar la. hahaha. the main point dlm forum tu ialah ilmu yg nak disampaikan. dalam forum tersebut,sprti yg kita semua maklum Catriona Ross adalah seorang artis tp alhamdulillah kini dia telah kembali kepada fitrah asal kejadian manusia-beribadah kepada Allah. 

dalam forum tu, beliau telah menceritakan perjalanan liku hidup dia dari kecil hinggalah sekarang. kehidupan seseorang ade yang pahit,ade yang manis. sama macam kehidupan dia jugak. banyak benda yang dia cerita dalam forum tu termasuklah ape yang membuatkan dia berubah untuk kembali mencari keredhaaan Allah.

sebenarnye boleh tahan lawak jugak Catriona Ross ni. haha :D and ade some part of speech dia yang aku tertarik ialah,"dalam badan manusia ade seketul daging. kalau baik daging tu, maka baiklah seluruh tubuh itu.kalau rosak daging tu, maka rosak lah seluruh tubuh itu. ketahuilah,ia adalah hati". kalau ade yang perasan,ape yang Catriona Ross cakap ni merupakan sebuah hadis yang sohih(hadis Bukhari). beliau sgt tekankan benda ni. ape-ape pon yang kita kena jaga ialah hati. hati memainkan peranan yang penting. even kalau ade orang bersangka buruk pada kita pon,kita maafkan je sebab kita tak mau hati kita rosak.

then,beliau sgt tekankan bahawa sumber segala ilmu ialah al-Quran. in my opinion, there are some people who do not know the important of al-Quran. they read the Quran, but they do not know the meaning behind of the Quran. some people might want to khatam the Quran as fast as possible but it is really mean that they know what Quran is talking about?? kdg-kdg hidup ni kita tak perasan pon benda-benda yg mcm ni. kita selalu ambil ringan(termasuklah aku jugak). kdg-kdg lalai and lupa. bila baca Quran tu, biarlah kita baca maknanya sekali supaya kita paham ape yang kita baca. bila kita paham, kita dapat practisekan dlm hidup kita ape yang Allah syariatkan dalam Quran. tanpa kita sedar, Allah cakap dgn kita melalui al-Quran.

kata-kata yang menarik dari ustaz Riduan plak ialah walau sape pon kita,jangan anggap diri kita ni suci. bukanlah maksodnye kita ni tak sucii. takkk. tap yg ustaz maksodkan kt sini ialah janganlah kita anggap diri kita ni terlalu suci sampai kita mengabaikan dan merendah-rendahkan orang lain. kita kena bercakap dengan manusia ikut kemampuan mereka. setiap manusia ni lain-lain. jadi cara untuk berdakwah dengan mereka pon lain-lain. mungkin niat seseorang untuk menegur tu da betul, tapi biarlah kena pada caranya dan dengan cara yang betul.


memang forum tadi sangat best! audience pon boleh tahan ramai. tak kering gusi dengar forum tu.asek gelak je. huhu.dalam pukul 11.15 malam cmtu,baru la habes forum tu. da habes tu,orang ramai plak berpusu-pusu nak ambik gambar dengan catriona ross. huu. tak caye cube tgok gambar kt bawah ni. skrg pon da pukul 1.16 pagi. aku kena tidor sebab esok ade kelas -.-' selamat malam and assalamualaikum :))
 from left:catriona ross, moderator, and ustaz riduan
 kak timah,kte curi gmbr k.timah dgn kak Cat ;P 
tertangkap gmbr ni plak.huhu

org ramai berpusu-pusu.huhu

Tuesday, September 27, 2011

"Learn from mistakes.That's how we become better in life"

aku sedih??takpe,asalkan orang lain gembira sebab aku.
aku menangis??cukuplah hanya Engkau yang tahu.

"Never let anything bring you down in life. We learn from our past, our mistakes. That's how we become better in life"

kesilapan aku yang lalu akan mematangkan dan mendewasakan aku.
gembiralah duhai hati~
LA TAHZAN.INNALLAHA MA'ANA :))


nota kaki: kebanyakkan dalam blog ni aku tulis masa aku tengah sedih. sedih aku,aku suka simpan dalam hati.dalam blog ni,cukuplah aku luahkan ape yang aku sedih tapi orang tak tau aku sedih sebab ape. biar aku tak gembira,asalkan orang lain gembira. that's my prinsip.but sometimes,ade jugak keadaan orang lain tak gembira sebab aku.i'm so sori for everything i had done T.T


Monday, September 26, 2011

kita merancang,Tuhan yang menentukan

ya Allah,
Engkau tahu banyak mana usahaku,
Engkau tahu ape yang aku mahu,
Engkau tahu ape yang terkandung dalam hatiku,
Engkau tahu ape yang aku hajatkan dalam setiap doaku.


ya Allah,
jika itu keputusanMu,
kau redhakanlah hatiku,
mudahkanlah urusanku.

ya Allah,
jika itu yang terbaik untukku,
kau tenangkanlah hatiku,
tingkatkanlah imanku.

aku merancang,
Engkau yang menetukan,
Engkaulah sebaik-baik perancangan,
Engkau tahu ape yang terbaik untukku,
tentukanlah sebaik-baik keputusan dalam hidupku.

siapa aku untuk melawan arahanMu,
siapa aku untuk mengubah takdirMu,
siapa aku untuk menentang perancanganMu,
siapa aku untuk berpaling dari agamaMu,
siapalah aku......

aku hanya hambaMu yang hina,alpa,lalai dan sering melakukan dosa.
ampunkan aku :'(







Sunday, June 26, 2011

malam untuk tidur ^__^

Adab2 tido ZZZzzz... ^__^

1.Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
2.Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
3.Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
4.Tidur dalam keadaan suci.
5.Tidur dalam keadaan berwuduk.
6.Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.
7.Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).
8.Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: “Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.
9.Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.
10.Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.




copy paste dari orang. malam untuk tidur dan berehat. jom kita tidur. bismikallahumma ahya wa amut :))

Sunday, June 19, 2011

PAK UDA MENINGGAL DUNIA

salam and selamat malam semua :)

kejap tadi aku g review blog orang. and ada satu berita yang mengejotkan aku.

 "PAK UDA MENINGGAL DUNIA"

pak uda @ nama sebenarnya Zami Ismail telah pergi meninggalkan dunia pada pukul 10.30 pagi tadi di institut jantung negara (IJN). beliau yang berumur 67 tahun sangat sinonim dengan paggilan 'pak Uda' dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Al-Fatihah. arwah telah pon pergi meniggalkan dunia dan bertemu dengan Ilahi. moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.aminnnn. sape2 nak tau berita lanjut boleh baca kat sini

lately,tak tau kenapa aku asek dapat khabar berita orang meniggal dunia. baru-baru ni siapa ade bace berita pasal ade sorang budak uia meninggal dunia sebab mati lemas di sungai Lembing, Pahang pada 16/6/2011. 
 gambar kanan: arwah(Mohd Adhamerudin Omar)

walaupon arwah senior aku,boleh dikatakan jugak aku kenal arwah sebab dia orang kuat sciencess.then aku pernah join satu program dengan dia. kenal la jugak nama arwah and arwah sangat baik. alhamdulilah, niat dia nak tolong kawan dia yang lemas sangat2 suci. tapi, rezeki tak menyebelahi arwah dan kawannya. doakan moga arwah dan sahabatnya di tempatkan di kalangan orang2 beriman. amiiinnnn

sesungguhnya jodoh,rezki,ajal,maut itu di tangan Tuhan. mati itu pasti dan akhirat kekal abadi.

Monday, June 13, 2011

IEEP 2011, Kuliyyah Of Science

salam..

harini ptotnye ade kelas.tp kelas cancel sebab lecturer rkud kami iaitu dr ibrahim shogar suruh join dengar forum di main auditorium kuliyyah of science. tajuk forum tersebut ialah Islamic Enhancement Practices In The University Workplace(IEEP). actually,forum ni sebenarnye khusus utk staff2 uia,,tapi tak tau kenapa lecturer suruh pergi.huhu.speaker yg join forum tu ialah prof Dr Kamaruzaman Wan Su(Campus Director of IIUM Kuantan), Dr Abdurezak Abdullah Hashi(lecturer ungs aku), and Dr Mohamad Tariqur Rahman(nie aku tak kenal sape). forum ni bincang pasal bagaimana kita nak tingkatkan dan praktikkan Islam di tempat kerja??

aku pon takde la nak cerita detail mengenai forum ni cume aku nak share beberapa ayat yg aku rasa menarik dalam forum tadi.

your dress code is based on taqwa not on your baju kurung or anything else

don't die when you are jobless,,die when you are doing something

Islam is simple,,but don't make it simplify

p/s:kalau ade sape2 yg tak paham ayat2 kat atas ni..boley tanya aku utk tau meaning :)

Thursday, June 9, 2011

godaan iblis dalam sembahyang

Salam untuk semua..
Rasulullah s.a.w. telah menyoal iblis sabdanya, “Wahai iblis! Ketika umatku berdiri mendirikan solat, bagaimanakah hal engkau pada waktu itu?”
Jawab Iblis, “Waktu itulah masa yang paling sukar bagiku, seluruh badanku akan menggeletar dan lemah. Lalu aku memerintahkan sekalian bala tentera aku yang terdiri daripada syaitan dan jin supaya menggoda orang yang hendak solat itu.
"Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan, sesetengah pada anggotanya supaya ia merasa malas (hendak melakukan solat).”
“Sesetengah akan masuk ke dalam hatinya supaya ia berasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pekerjaan dunia lalu ia segera keluar dari solatnya.
“Sesetengah akan masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak senang.
Sesetengah yang lain pula akan duduk di atas belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir sementara di dalam hatinya berkehendakan supaya solat itu cepat habis.
“Semua godaan ini adalah supaya pahala solat seseorang umatmu itu akan menjadi berkurangan. Sekiranya segala godaan syaitan itu tidak berhasil maka, akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu”.
Itulah janji syaitan, iblis kepada Tuhan bahawa dia akan cuba menyesatkan hati manusia sehingga ke lembah kejahatan agar manusia leka dengan kemanisan duniawi..Jadi berhati-hatilah dengan setiap tingkahlaku kita kerana mereka akan sentiasa mencari ruang untuk memperdayakan manusia yang berjiwa lemah..
Pesanan untuk diriku sendiri dan sahabat jua :)

Friday, May 6, 2011

aku mencintai..........




"aku mencintai orang-orang soleh sekalipun aku bukan sebahagian daripada mereka,,aku berharap mendapatkan syafaat dari mereka..aku benci orang yang gemar melakukan maksiat,,sekalipun aku juga pernah melakukannya"

-Imam Syafie-

ini antara 'best qoute' yg aku pernah dengar..
pernah tak korang dengar orang cakap cmni,,
"ala,,aku bukan la baik sangat..buat ape aku nk tegur dia..aku pon sama je..pandai-pandai la dia nak jaga diri dia"
pernah dengar tak??
then korg rasa ape??
mesti korang pikir,,orang baik je yang boleh tegur orang tak baik??
macam tu??
tapi kan,,setiap manusia mesti ade buat salah even salah kecil..
kalau ikut pendapat aku,,tak semua orang sempurna n setiap orang mesti ade buat silap..
jadi kat sini,,tak kesahlah korang baik mana pon or korang jahat mana pon,,jgn lupa untuk ingatkan kawan2 yg selalu terlupa,,yang lalai,,dan yang sering inginkan teguran daripada kawan2 yang lain..
mungkin dia memerlukan seseorang utk ditegur utk merubah dia ke arah yg lebih baik..

Imam Syafie sendiri cakap yang beliau suka orang soleh walaupon beliau bukan sebahagian daripadanya..
mksod yang aku paham dari kata2 beliau ialah walaupun Imam Syafie tau dirinya tak tergolong dalam golongan orang2 soleh(means dia sedar yang diri dia still ade buat salah and x layak tergolong dalam kalangan orang soleh),,dia still cinta akan orang2 soleh supaya dia mendapat syafaat daripada mereka dan secara tak langsung,,beliau berusaha utk menjadi orang2 yg soleh..

mula2 kita cinta orang soleh,,tapi lama2 dengan hidayah yg Allah bagi,,i'Allah kita juga tergolong dalam orang2 soleh..
kemudian,,Imam Syafie sndri mengatakan yang beliau benci orang yg melakukan maksiat walaupun beliau juga pernah melakukannya..
manusia biasa seperti kita memang tak terlepas dri melakukan dosa..
walau mcm mne pon,,kita disarankan untuk benci melakukan dosa wlupon kita pernah buat dosa tu..
semoga dengan bencinya kita pada dosa yg kita lakukan akn menghalang kita dari terus melakukan dosa..
wallahu'alam..

p/s:aku bukan la seorang yg pakar dalam hal2 macam ni..aku masih lg banyak kekurangan..mungkin aku juga memerlukan seseorang utk menegur diriku dan memperbaiki salah silapku..maaf ats salah silap..sekadar peringatan bersama..syukran jazilan..

Wednesday, May 4, 2011

kenapa sembah kaabah?

Assalamualaikum..
selamat pagi semua :))
pagi2 ni aku nk share kt semua 1 cerita yg sgt menarik..
cerita ni aku dapat dari 1 blog n aku da mnx izin tuan blog utk copy..
thanks ats info yg menarik ni..jom kita layan story kt bwh ni :))


Mengapa sembah Kaabah? Persoalan itu selalu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Jacky. 

Lalu dia pergi bertanyakan kepada seorang sahabatnya Ahmad. 

Jacky: "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

Ahmad: "Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

Jacky: "Baitullah tu apa?"

Ahmad: "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

Jacky: "Allah ada dalam tu?"

Ahmad: "Tak.."

Jacky: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

Ahmad: "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

Jacky: "Kamu sembah apa?"

Ahmad: "Saya sembah Allah swt"

Jacky: "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

Ahmad: "Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

Jacky: "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

Ahmad: "Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

Jacky: "Pernah.. selalu.."

Ahmad: "Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

Jacky: "Tengok perlawanan bola la.."

Ahmad: "Di mana?"

Jacky: "Dalam tv la.."

Ahmad: "Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

Jacky: "Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

Ahmad: "Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

Jacky: "So..?"

Ahmad: "Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

Jacky: "Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

Ahmad: "Peliknya.."

Jacky: "Sebab apa pulak pelik?"

Ahmad: "Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

Jacky: "Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

Ahmad: "Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

Jacky: "Ya.. tak pelik.."

Ahmad: "Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Jacky: "Erk.. kau betul.."

maka terjawablah persoalan Jacky selama ini.



p/s:jangan segan silu utk share dgn semua..saya dpt pahala,,anda juga dpt pahala :))

Friday, April 29, 2011

lelaki curi kabel TNB hampir hangus

salam semua..sape da bce paper??hrni ade 1 tajuk dalam paper yg menarik minat aku utk bce..tajuknye ialah lelaki curi kabel TNB hampir hangus..hurm..npe boley jd cmni ea..cbe kte tgok gmbr ni dlu..ksian dia kn??
ok la..maklumat yang aku dapat drpd berita ni mengatakan yang seorang penagih dadah telah melecur sebanyak 40% di badan akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt di kawasan Maran..high voltan tu..jgn main2..sebelum kejadian,,mangsa dikatakan telah mencuri di tempat yg sama dan ingin mencuri lg buat kali kedua secara berseorangan supaya dapat mencari duit utk membeli dadah..berita lanjut boley klik di berita harian online

moral of the story:
ingtlah semua..ape2yg kite lakukan,,mesti ade balasan..bak kte pepatah,,buat baik dibalas baik,,buat jahat dibalas jahat..then,,sepandai2 tupai melompat,,akhirnye jatuh ke tanah juga..even kdg2 kite x nmpk or x dapat balasan kite kt dunia,,balasan kt akhirat tetap menanti..wlupon mangsa kt atas mengalami melecur badan dan hampir hangus akibat perbuatan dirinya sendiri,,bersyukurlah kerana anda telah dpt balasan di dunia..tidak perlu dibalas di akhirat..balasan di akhirat pedih x terkata..
wallahua'lam..

Thursday, April 28, 2011

fadhilat qiamullail :)

salam n selamat pagi :))
mulakan hari anda dengan senyuman :))


hari ni aku bgon awal..slalunye tym2 cuti n tym2 parents aku pergi keje camni,,aku tengah tdo..t bangon dalam kol 9 ke..pastu bru la kemas rumah,basuh baju,basuh pinggan mangkuk,mop lantai uma n segala kerja la aku wt..yg pnting,,before mak aku balik keje pukul 12.40,,aku kne pastikan rumah clean and clear :D


actually,,ayah aku selalu bising jangan tidur lepas suboh..dia kata nnt rezeki susa nak masuk..btol jugak tu sebenarnye..tp kadang2 aku je yang malas bangon..hehe..so abah,,hrni no tido after suboh!!i'allah pada mse akan datang pn x tido lepas suboh da..hehe
sedangkan anak kecil ini berusaha utk solat,,apatah lagi kte yg dewasa 


hrni aku nk cerita kt semua org serba sedikit fadhilat qiamullail..
1.meningkatkan keimanan individu 
2.Menigkatkn darjat d sisi Allah Taala 
3. dapat beribadat dgn lbih khusu' 
4.Mendidik jiwa bersyukur dgn nikmat kesihatan dan nikmat wktu mlm yg tenang 
5.melatih m'jd insan bertaqwa 
6. melatih dri memperbykkn amalan sunat 
7. Mendidik jiwa melwn nafsu dan syaitan 
8. Menyedarkn manusia diciptakn untk beribadat 
9.Melatih dri mengharap keredhaan Allah 
10.Memberi ketenangan jiwa 
11.memberi kesihatan 
12. menajamkn akal fikiran 
13.Meneguhkn kekuatan rohani 
14.Dimakbulkan doanya dan masin perkataan
15. Tenang hati dan fikirannya
16.Dimurahkan rezeki
17.Menambahkn rasa kerdil d sisi Allah dan bertawakal kpdNya 
18.Melatih dri bersikap khauf(takut) dan raja'(berharap) kpd Allah 
19.dan lain2 hikmah gnjran Allah untk hamba2Nya yg ikhlas dan istiqamah(berterusan) 


klu ikutkan sebenarnye fadhilat qiamullail x terhingga..byk sgt..bergantung pada individu sama ade sedar atau tidak kehadirannye..renung2kan dan selamat beramal ^__^



“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)

p/s:pesanan ni utk dri aku jugk yg kadang2 lupa dan lalai..rindu zaman qiamullail kt skola :(

Sunday, April 24, 2011

blog yg mengandungi byk pesanan dan nasihat..

salam..


hrni aku nk share ngn korg satu blog yg boley bg byk manfaat kt semua..blog ni ditulis oleh salah seorg warga uia yg mne beliau adalah emak kpd salah seorg rakan aku dri skolah rendah smpi la ke sekolah menengah smpi la ke uia..


blog ni memg ssuai utk semua peringkt umur lg2 ssuai utk remaja2 mcm kte semua :)) byk nasihat dan pandangan yg diberikan oleh beliau utk kte..x rugi pon klu korg semua luangkn sedikit masa bce blog ni..i'ALLAH mendtgkn manfaat kpd semua.. :))
utk ke blog ni,,sume boleh klik kt Bila Embun Menitis
antara entry beliau yg menarik adalah:


~Kalau Bukan Kita,,Siapa Lagi
~kahwin masa belajar
~apa hadiah yang ibu inginkan
~kehebatan doa menolak angin ahmar

Friday, April 8, 2011

awas!!salah bacaan dalam al-fatihah akn membawa kpd nama2 syaitan..

salam :))
hrni aku nk share somthing yg aku rse korg semua ptot amek tw..seperti yg kte tw,,al-fatihah merupakn bacaan yg pling pnting dlm solat..al-fatihah juga dikenali sbgi ummul kitab..di dlm solat,,klu kte bce al-fatihah dgn bacaan yg salah,,solat kte x akn diterima..


then,,utk pengetahuan semua,,klu kte bce al-fatihah x btol,,maka scre tnpa sedar,,kte telah menyebut nama syaitan dlm solat kte..brikut adlh nama syaitan yg terdapat dlm al-fatihah jika kte membce al-fatihah dgn x berhati2:


DU-LI-LAH (bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya DU-LIL-LAH

HIR-ROB (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya HI-ROB
KIY-YAU (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KI-YAU
KAN-NAK (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAK
KAN-NAS (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAS
I-YA (disebut tanpa sabdu) sebetulnya IY-YA. Iya bermaksud ‘matahari’

so,,sbgi umat islam n sbgi seorg mukmin,,pe kata kte recheck blek dri kte..adakah bacaan al-fatihah kte da btol or ade slh2 lg..klu rse ade slh2 lg,,jgn la kte segan2 o malu2 nk jumpe ustaz,ustazah or org yg lg arif..tiada istilah malu dlm mencri ilmu..renung2kn dan slmt beramal :))
syukran jazilan..



Tuesday, April 5, 2011

kata2 terma kasih dari diriku yg byk khilaf....

skrg mood tgh exm.......

tp................

pe2pn,,aku still hepy.. :) :) :)
even kdg2 mood study xde n rse menyesal coz x study,,tp hepi tetp menjengah dlm dri aku..huhu..aku hepi dgn org skeliling aku..sume yg ade kt cc aku n suport aku..

to my family,,thanks 4 evrything.. :) :) :) 
wlupon kakak x tiap2 hri kol mama abh,,tp ble kol n dpt ckp ngn both of u,,rse cm driku terbang melayang..wink2!!huhu..bes sgt!!
bg aku,,pe2 pon,,fmly first(parents n adik bradik)..utamakn fmly dlu..aku ckup pantang klu ade org yg m'belakangkn fmly disebbkn oleh org len sprt gf o bf ke,,o kwn bek ke o spe2 r..tlong la..pe2 pon,,kluarga dlu k..klu ko m'belakangkn kluarga,,one day,,ank2 ko akn wt kt ko plak bnde yg sme..bru ko rse t..cye la ckp aku..

then,,to all my uia frenz yg x jemu2 lyn perangai aku,,lyn mood2 sewel aku..thanks a lot :) :) :)
syg semua..pe2 pon,,do the best 4 final ni..aku tw korg sume pndai n boley wt yg terbek..brjye sme2 k :) lg 4 thon kte boley grad sme2..hehe..eh2..silap la..lg 3 thon..1st year da nk pergi..haha

next,,to mmbe2 skola,,skola rnda ke,,skola mngh ke,,tadika ke..huhu..lg2 mmbe sambest,,kte kawan smpi mati k :) :) :)
bukn senang nk dpt kwn yg sme2 susa n senang cm korg sume..smpi skrg,,kte still contct n share mcm2 cte..huhu..sori if b4 ni aku x jd kwn yg bek..but i try 2 be good n try brubh ke arh yg lbey bek..aku still ingt pe yg ckgu2 skola pesn..nsehat guru2 x mungkin ku lupakn..t korg kawen,,gtw aku k..jempot jgn x jempot..haha!!

to my rumte kt kuantn ni..fika,,naimah,,hanan..hahahaa..maaf la eh!!aku ske cri psl ngn korg..hahaha..sori sgt2 n kdg2 aku ske jugk menggedik nk mnje..oopppssss!thanks coz sudi lyn perangai adik sorg nih..yeahhh!!i memg mde..mde stahon dri u all..haha..nex sem kte promise 1 blik k :)) x kre2!!nk jugk 1 blik..t dpt solt jemaah sme2,,dpt masak sme2,,n pling pnting dpt gadoh sme2!!haha..b'satu teguh bercerai roboh..huhu..t bley la i ade tempt menggedik n tempt b'rmnje..hehe..

lastly,,to my dear,,mrDaos,,thanks 4 evrything..thanks coz owez at my side slme ni..thanks 4 every happiness u give to me..suka duka,,phit mnis yg kite lalui bersme..wlupon jauh di mata tp tetp dekt di hti kn?? :) :) :)
tiap org ade kelemahan n ade klbihan..kte try baiki dri msing2..buang yg keruh,,ambil yg jernih..i accept u the way u are,,i love u the way u are..i'ALLAH klu ade jodoh,,x ke mme..juz put our trust on HIM :)

last word from me,,THANKS 4 EVERYTHING..hanya ucapan terima kasih dpt ku hulurkan utk kalian :)




Wednesday, March 16, 2011

DAJAL DAN NAK KELUAR??

"salam~ bcer nie. Semalam. perdapat 1 siaran di media menyatakan 
ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa
bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya.

> kpd semua yg
bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati
sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut
para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik
ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan
solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah! Wallahualam. KITA YANG
MENENTUKAN DIRI KITA Jgn skip utk bace ni. Sebarkan kalau sayang pada
islam.

> BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ade
dalamnya. POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU bermaksud jadilah
seorang yahudi. CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemahnauzubilla. . h) .

> jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat korang semua.
sumer org yg ade bobba messenger (ym), tolong jangan add org yg id die
macam ni: bobba die cuba nak murtadkan org
Islam. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!(kalau rase
sayang ngan org Islam la. kalau tak sayang, x payah forward!)
jngan smbong n bongkak..skrng korng gembra larh. tnggu balasan dkat
kubur."




saudara2 seislam saya,sedarlah bahwa dunia ni hanya sementara..n sudah pasti dunia ini bakal menghadapi kehancuran..kehancuran yg kte semua pasti ia akn berlaku cuma x tahu ble akn berlaku..

note yg saya letak di ats td saya copy dri grup skolah saya di fb..ade mmbe post pd tarikh hrni as peringatan..erm..saya pon x psti kesahihan crite di ats..sama ade btol atau x,,itu bukn perbincgn di sni..

yg saya nk tekankn kt cni is tujuan kte hidup di dunia..jgn nnt ble da berlaku gempa bumi di tempt sndri o berlaku musibah,,bru kte nk insaf..bru kte nk sedar yg sume ni ptnde dri ALLAH..ptnde dri ALLAH yg ALLAH murka dgn manusia zmn sekrg yg dah byk leka..

jgn biarkn dri kte dgn sikap sudah terhantuk bru terngadah..

SEDAR LAH wahai saudar2ku..wlu mcm mne pon,,kte sbgi umat islam perlu sedar keadaan dunia skrg..semakin lama dunia semakin tua..

saya pon,,still ade wt salah..x penh lari dri melakukan ksilapan..tp,, pe 
kte kte try perbaiki dri..jgn biarkn dri kte lalai dgn kehidupan dunia..saudar2 ku seislam,,mrilah kte perbaiki dri..buang yg keruh,,ambil yg jernih..sblm berundur,,mrilah kte beristighfar kpd ALLAH sbyk 3 kli ats sgle dosa2 yg telh kte lakukan..wallahu'alam..