Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

nak kad raya

assalamualaikum.........

tetttttt tetttttt. msg inbox anset aku berbunyi.

aisyah: "dear, bagi alamat rumah u asap. i nak hntar kad raye :D "

aku: "wahhhhh.ade org nak kasi kad raya la :) siap pos lagi! ok. ni alamt rumah i ye~no **,jalan ** 12/6A, Puchong, Selangor. u, jgn lupa letak duit raya sekali k ;P (dgn muka tak malu aku mintak duit raya.hahahaha)"

sile jeles semua. 

aku dapat kad raya pos. hahaha.suka2!

kak,aisyah tak bagi lagi kad raya. da keco.buuu~ =.='

kalau ikutkan,da lama aku pon tak pos kad raya. hehe
and kalau ikutkan sekarang, jarang da nak jumpe orang yang rajin pos kad raya.
sekarang semua da moden.
pakai SMS je ataupun pakai FB
ade orang kate lagi jimat. jimat duit, jimat tenaga and jimat masa. 

kali ni mungkin kawan aku nak send kad raya sebab semua tengah cuti.
so cm seronok la klu masing2 dapat kad raya dri mmbe2 yg tgh dok goyang kaki kt uma kn.hee~
kawan aku yg aisyah ni org kelantan.
rse cm excited plak dpt kad raya dri kelantan~hahaha
1st tym la ktekan dpt kad dri kelantan.pfffftttt

ade blogger yang hantar kad raya sesame blogger untuk mengeratkan ukhuwah.
contohnye macam bro alif haris kita ni.
dia da dpt kad raye~woooowww! cepatnye. huhu
sape2 nak kad raya dri aku inform cepat2 k.
aku nak bg kad raya ni. ASAP!!!
nah kad raya dari aku.taraaaaaa!
khas untuk followers and readers blog ni :))
siap da~heee.

aip orang melaka yang jauh tuuuu.eden nak kad raya 1 boleh?? ^___^
eden tak pernah lagi dpt kad raya dari melaka. hehe *batak jap~

p/s:before smgt nak raya,lbey baik smgt nak kejar malam lailatulqadr dulu. kan lebih elok :))
      pesanan untuk aku juga yang kadang2 lupa....



Friday, August 12, 2011

Mercun,meriam dan sewaktu dengannya(GERAM!)


Salam to all readers. Entry hari ni aku nak cakap pasal mercun,meriam and kawan-kawan diorang. Bila bulan puasa and raya je,sinonim nye mesti kena kaitkan dengan benda-benda macam ni kan.

Ye la, sebab time ni la orang dapat feel btol-btol bila main mercun,bunga api and meriam. Asal puasa and raya je,nak main mercun,bunga api,meriam and bla3.

Straight to the point,aku nak cerita perihal orang-orang yang suka main mercun,meriam and sewaktu dengannya kat kawasan perumahan aku. aku GERAM dengan orang yang main mercun and meriam ni. Bunga api takpe lagi la. Setakat keluar api tapi tak buat bising takpe. Ni yang main mercun and meriam memang tak pikir perasaan orang lain.
Terutamanya budak-budak remaja yang main mercun and meriam ni. Kalau nak main tu agak-agak la. Aku tau korang berkobar-kobar nak main meriam, tapi boleh tak pikir ko tinggal kat mane. boleh tak pikir jiran-jiran yang dah berumur and ade penyakit. boleh tak pikir baby yang baru lahir.

Kalau nak main pon,korang main la kat tempat takde orang. Kat dalam hutan ke. Sure takde orang nak mara. Kalau yang mara kat ko pon mungkin beruk-beruk+harimau-harimau je la kan. Ni tak. Main dekat taman permainan yang dekat dengan taman perumahan and surau. Kawan2 sekalian,makcik and pakcik yang ade penyakit terkejut la dengan bunyi mercun ko tu. Tak kesian ke kalau diorang mati sebab terkejut dengan bunyi mercun ko tu. Cuba kalau benda tu terjadi kat nenek kita or parents kita. Kesian kan?? :’(

Lepas tu plak,baby2 yang baru lahir yang tengah tidur pon terkejot tau. Sepuluh kali korang baling mercun,sepuluh kali la baby2 terjaga. 10 kali la dia menangis. Wehhhh. Ingat senang ke nak tidorkan baby. Cuba korang tanya mak-mak korang, senang tak nak jaga korang masa kecik?? Baby2 da la kena tidur sebab diorg nak membesar. Korang plak membantutkan pembesaran diorg. Kejam2~

Aku yang bukan baby+bukan makcik yang ade penyakit pon geram dengan orang macam korang ni. Aku pon terkejut tau. Kalau mercun naga takpe,aku tak kesa. Korang main la sampai putus jari ke ape,tapi ni mercun bola dik! Kuat la bunyi dia. Da tu,korang plak main time orang tengah terawih. Saudara2 sekalian,please hormat orang lain yang nak terawih. Bagi orang-orang yang nak terawih ni solat dengan tenang dulu eh. Lepas tu korang nak main pukul 3 4 pagi kat CERUK HUTAN pon takpe. Bukan main dekat kawasan perumahan =.=’
takkan nak tunggu jadi macam ni baru nak taubat main mercun??

Kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat, saudara-saudara, saudari-saudari, remaja-remaja sekalian yang rasa-rasa da mengganggu kejiranan masing-masing, tolong pikir perasaan orang lain jugak. Kesian pada orang lain. Ingatlah, ape yang kita da buat dekat orang, orang akan balas kat kita balik. Itu pasti! Satu hari nanti bila kita ade ibu bapa yang sakit and ade anak kecil yang baru lahir,kita akan paham perasaan diorang. Maaf atas segala keterlanjuran kata-kata yang kurang enak. Sekadar peringatan bersama~ Wallahu’alam.

Monday, August 1, 2011

JANGAN KOREK HIDUNG!

salam semua. alhamdulillah harini kita masih dapat peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan 1432H. pernah tak korang dengar yang kita tak boleh korek hidung?? betol ke ni?? mesti korang rasa blog ni mengarut en. tak pernah-pernah dengar orang kata jangan korek hidung =.='
ish btol la. aku yang tulis blog ni aku tau la pe yang aku cakap. korang tak percaya ke??haaaaa. korang tau tak salah satu perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa. rongga ni termasuk la hidung,telinga, mulut dan lain2. jadi seelok-eloknya korang tak payah la korek hidung time korang puasa sebab takot nanti boleh batalkan puasa.do u get my point??


kat sini aku tunjuk contoh soalan yang aku search kat internet. soalan yang berkaitan dengan topik kita:

SOALAN: Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang  itu berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau  hidungnya. Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar? 
JAWAPAN: Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan  kadar yang sederhana dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan hidung di waktu malam. 

RUJUKAN: SOAL JAWAB RAMADHAN

then, pagi tadi aku buat la status joke kat fb(facebook). status macam dalam gambar kat atas tu. nampak tak tulisan dalam gambar tu?kali ni aku besarkan gambar sampai lebih had da.hahaha.

 then mrDaos kata aku tak senonoh. dia geli baca status aku. hahaha. waaaaa status kat atas tu joke je la. joke yang membawa maksod yang mendalam tau! :D nak kasi tau semua orang supaya jangan korek hidung, nanti batal puasa. huhu. aku orang yang bersih ok. bukan tak senonoh seperti yang digembar-gemburkan. huhu. 

kat sini aku just nak share ape yang aku tau. aku pon ade banyak salah silap. andai kata macam tak berapa sure dengan ape yang aku tulis, korang boleh tanya dengan orang yang lagi arif. kalau aku salah,korang boleh betulkan. tak de masalah. kita jumpa lain post ok. selamat malam! ^__^

Sunday, July 31, 2011

Malam ni Jangan Lupa Niat Eh! :D

salam untuk reader2s yang sudi kunjung ke blog aku yang tak seberapa ni. ha. korang baca tajuk aku tuh, korang ingat agak2nye niat ape? hehe. mestilah tak lain tak bukan kena niat puasa.hehe. mama kata, 'pejam celik pejam celik tak sangka kita da nak puasa. kejapnye!'. betul2,begitu cepat waktu berlalu. 
aku ingat lagi bulan puasa tahun lepas. time tu puasa dengan membe2 kat cafe mase sem1 kalau tak silap. untuk puasa kali ni, syukur dapat peluang berpuasa sebulan penuh kat rumah. kalau ikutkan dari aku form1 sampai la umor aku 19 tahun, tak pernah aku dapat peluang puasa penuh dekat rumah. sebab time tu duduk hostel kan. kalau mase form1-form5,tiap2 hari la makan kat DM Samebst uh. hahaha.rindunye kat zaman sekolah. sekarang alhamdulilah umor 20 tahun, dapat puasa sebulan kat rumah dengan mama abah and adik beradik yang lain :)


memandangkan puasa kali ni kat rumah, aku tekad nak buat yang terbaik untuk ramadhan kali ni. mungkin ramadhan-ramadhan aku yang sebelum ni kurang baik(mula lah aku nak gune alasan tengah belajarlah, penatlah, balik kelas jalan kaki lah, blablabla.............), jadi aku tekad aku nak improve betul2 ramadhan aku kali ni.antaranya ialah:

1. tingkatkan iman( increase pahala & decrease dosa)
2. aku nak try khatamkan Quran
3. jangan liat bangun sahur..hehehe
4. buat terawih betul2 (bukan la maksodnye b4 ni terawih aku tak betol,cume b4 ni terawih aku 8 rakaat je, lepas tu ade yang aku tinggal witir la bagai. so untuk terawih kali ni, aku azam nak buat yang terbaik!!)
5. selalu tolong mama abah(tolong mama masak sahur, buat kerja rumah and dll)
6. haaaa. ni kena ubah.jangan tidur lepas suboh plak( mentang-mentang la puasa and tak payah bangon breakfast,pastu ko ganti breakfast dengan tidur. apeeee laaaaaa. ni tak mau!)
7. kalau boleh, jangan tinggal solat dhuha.( baru rezeki senang nak masuk, puasa pon rasa senang and hidup dapat berkat dunia akhirat.amiiinnnn!)
8. nak try dapatkan malam lailatul Qadar(mungkin pada 21,23,25,27 or 29 ramadhan)

and ade lagi amalan-amalan lain yang aku usaha nak buat and improve. moga iman aku sentiasa kuat dan tak goyah dengan bisikan nafsu and syaitan. kat sini aku nak share kata-kata seorang ustaz aku masa sekolah dulu:

'bulan ramdhan adalah bulan untuk berubah. yang mana kita kena berubah ke arah yang lebih baik. banyak ganjaran pahala yang akan kita peroleh dalam setiap amal soleh yang kita lakukan. disebabkan itu, bulan ramadhan menjadi titik permulaan kepada kita untuk didik diri kita memperbanyakkan amal ibadah seterusnya amalan ini akan terus kita lakukan sehinggalah kepada ramadhan akan datang(means takdelah bila habis puasa,then amalan kita stop sampai situ je). begitu jugalah untuk ramadhan2 yang seterusnya'

jadi,marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. moga Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan sebelum ni :)

 'Ya Allah, Kau bimbinglah diriku. bantulah hambaMu yang lemah ini. berikanlah aku kekuatan untuk terus beribadat kepadaMu, Kau terimalah segala amal ibadatku di bulan ramadhan yang mulia ini dan segala amalanku di dunia ini. Aminnnnn ya Rabb al-'Alaminnn'



──────▄▌▐▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀▀▀▀▀▀▌
───▄▄██▌█ ║▌║█║▌║▌││║▌║█║▌║▌││║▌║█║▌║▌││
▄▄▄▌▐██▌█ ...Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak...
...███████▌█▄▄▄▄ ▒▒▒▒▒▒▒▒▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▌
▀❍▀▀▀▀▀▀▀❍❍▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀❍❍▀▀