Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

ke arah pemBOIKOTan tahajjud cinta??

salam everyone :)

moga semua sihat2 dan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah. mungkin tajuk di atas SEDIKIT kontroversi atau pun MEMANG kontroversi. bagi orang yang betul2 "hangit" dengan jalan cerita tahajjud cinta, anda semua akan menyokong tajuk di atas seterusnya akan memboikot cerita tersebut. 
tahajjud cinta mengisahkan mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (Fazura), Seri (Fauziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk menghadapi masalah dalam percintaan. 

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepada dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membuktikan kepada keluarganya untuk dia berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas pada zaman sekarang ni. Citra ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
 

Manakala, Seri pula jatuh cinta buat pertama kali tetapi entah bagaimana dia berkorban berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz iaitu ayah kepada Solahudin (Remy).

 Dapatkah Citra dan Solahudin menyelamatkan Seri daripada menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dalam kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu. 

hakikatnya, drama ini mendapat sambutan yang baik di kalangan penonton. namun, terdapat sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan jalan cerita Eirma Fatima dalam tahajjud cinta ini. 

APEKAH YANG TERJADI??

sebelum aku cerita ape yang terjadi, kat sini aku nak tunjuk kat korang 2 gambar ni:
gambar1: fanpage KAMI PELAJAR JORDAN MEMBANTAH TAYANGAN DRAMA TAHAJJUD CINTA

gambar 2: FANPAGE 100.00 KAMI MAHU TAHAJJUD CINTA DI HENTIKAN SEKARANG

untuk pengetahuan semua,kedua-dua fanpage ini telah membantah tayangan tahajjud cinta yang sedang berlangsung di tv3 pada setiap hari jumaat pukul 9 malam. walaupon cerita ini baru 2 episod ditayangkan, tetapi cerita ini juga telah dilabel sebagai cerita yang memesongkan akidah seperti yang telah dicanangkan oleh segelintir pihak. di samping itu, Eirma juga dikecam kerana menulis skrip yang menjurus kepada sikap tidak baik penghuni di sekolah pondok dengan mengetengahkan isu poligami serta penderaan dalam drama itu. 

KOMEN DARIPADA FANPAGE MENGENAI BANTAHAN DRAMA INI??

fanpage gambar 1: 
Page ini menyatakan tentang bantahan terhadap tayangan drama TAHAJUD CINTA yang ditayangkan di TV3 sekarang ini... dan ini hanyalah salah satu cara yang admin boleh lakuan untuk melampiaskan ketidakpuasan hati terhadap salah faham tentang ISLAM...

fanpage gambar2:
kami membantah jalan cerita dan gaya lakonan yang jelas menghina muslimat yang berpurdah...


KOMEN DARIPADA PENGARAH TAHAJJUD CINTA(Eirma Fatima)??

buat masa ini, beliau tidak mahu memberi sebarang komen mengenai kekecaman drama beliau yang sedang berlaku di facebook.
 “Tahajjud Cinta ada 13 episod! Biar mereka lihat semua dan merangkum seluruh ketidakpuasan hati mereka. Saya jawab akan mengeruhkan lagi keadaan. Lebih baik berdiam kerana biarlah mereka melaungkan suara mereka. Saya akan jawab selepas episod 13,” tegasnya. 
bagi Eirma Fatima, segala kenyataannya itu tidak berguna pada ketika ini memandangkan pihak yang menentang akan terus mempertahankan hak mereka. 
“Saya hanya akan bercakap apabila keadaan reda. Sekarang api kemarahan sedang meluap-luap di pihak sana. Biarlah dulu. Tak guna saya mengeruhkan.
“Tak perlu saya komen. Takpelah! Biarlah mereka nak membantah. Mereka berhak. Akan sampai masanya saya akan bagi kenyataan saya pula,” katanya lagi. 

rujukan mengenai komen Eirma Fatima boleh didapati di Sinar Harian

KOMEN DARIPADA AKU SEBAGAI SEORANG PENONTON??

bagi aku, ape yang diperkatakan oleh Eirma Fatima ade kebenarannya. tidak perlulah kita terlalu awal membuat andaian terhadap jalan cerita ini. cerita ini baru sahaja ditayangkan sebanyak 2 episod. ade lagi 11 episod yang masih belum kita lihat dan buat penilaian. bak kata pepatah, don't judge a book by it's cover. pada episod ke13, mungkin kita akan dapat jawapan atas ketidakpuashatian kita selama ini. 

walaubagaimanapun, Eirma juga perlu matang dalam menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang pengarah. semua orang di Malaysia bakal menonton cerita beliau tidak kira lah orang itu Muslim atau tidak. orang-orang di luar negara juga mungkin akan menonton cerita ini. jika pada permulaan cerita ini sudah memberikan persepsi yang buruk, dikhuatiri terdapat sesetengah orang lebih-lebih lagi yang bukan beragama Islam akan memandang serong pada agama Islam.

bagi aku yang juga merupakan penonton cerita ini, aku pon geram sangat dengan cerita ni. rasa tak puas hati yang melampau-lampau. terutama pada bahagian Seri bersalaman dengan Ustaz sebelum Seri melanjutkan pelajaran ke luar negara sedangakn Seri dan Ustaz adalah bukan muhrim(betulkan aku kalau salah eh). then ade lagi la part-part lain yang aku tak berapa setuju. pape pon, aku tunggu je sampai episod akhir nanti macam mana. moga ending cerita ni akan membawa kepada yang lebih elok :) coretan ini adalah pendapat aku sebagai seorang manusia yang beragama Islam dan merupakan penonton tahajjud cinta.sekian~


p/s: KOMEN DARIPADA KORANG SEBAGAI PENONTON??






Sunday, July 10, 2011

Nur Kasih The Movie 2011-Full Movie

salam :)
macam biasa,petang2 jom kita blogwalking. then aku terjumpa la satu post pasal Nur kasih The Movie 2011.
rupe2nye kat blog ni kita boleh tengok movie Nur Kasih The Movie. excited la aku nak tengok and share dgn korang. aku tak tengok lagi ni. kira nak bagitau la yang korang boleh tengok movie ni dekat sini- Nur Kasih The Movie 2011. thanks kepada tuan punye blog yang kasi share movie ni. lame da aku cari.huhu. selamat menonton! :)