Friday, August 12, 2011

Mercun,meriam dan sewaktu dengannya(GERAM!)


Salam to all readers. Entry hari ni aku nak cakap pasal mercun,meriam and kawan-kawan diorang. Bila bulan puasa and raya je,sinonim nye mesti kena kaitkan dengan benda-benda macam ni kan.

Ye la, sebab time ni la orang dapat feel btol-btol bila main mercun,bunga api and meriam. Asal puasa and raya je,nak main mercun,bunga api,meriam and bla3.

Straight to the point,aku nak cerita perihal orang-orang yang suka main mercun,meriam and sewaktu dengannya kat kawasan perumahan aku. aku GERAM dengan orang yang main mercun and meriam ni. Bunga api takpe lagi la. Setakat keluar api tapi tak buat bising takpe. Ni yang main mercun and meriam memang tak pikir perasaan orang lain.
Terutamanya budak-budak remaja yang main mercun and meriam ni. Kalau nak main tu agak-agak la. Aku tau korang berkobar-kobar nak main meriam, tapi boleh tak pikir ko tinggal kat mane. boleh tak pikir jiran-jiran yang dah berumur and ade penyakit. boleh tak pikir baby yang baru lahir.

Kalau nak main pon,korang main la kat tempat takde orang. Kat dalam hutan ke. Sure takde orang nak mara. Kalau yang mara kat ko pon mungkin beruk-beruk+harimau-harimau je la kan. Ni tak. Main dekat taman permainan yang dekat dengan taman perumahan and surau. Kawan2 sekalian,makcik and pakcik yang ade penyakit terkejut la dengan bunyi mercun ko tu. Tak kesian ke kalau diorang mati sebab terkejut dengan bunyi mercun ko tu. Cuba kalau benda tu terjadi kat nenek kita or parents kita. Kesian kan?? :’(

Lepas tu plak,baby2 yang baru lahir yang tengah tidur pon terkejot tau. Sepuluh kali korang baling mercun,sepuluh kali la baby2 terjaga. 10 kali la dia menangis. Wehhhh. Ingat senang ke nak tidorkan baby. Cuba korang tanya mak-mak korang, senang tak nak jaga korang masa kecik?? Baby2 da la kena tidur sebab diorg nak membesar. Korang plak membantutkan pembesaran diorg. Kejam2~

Aku yang bukan baby+bukan makcik yang ade penyakit pon geram dengan orang macam korang ni. Aku pon terkejut tau. Kalau mercun naga takpe,aku tak kesa. Korang main la sampai putus jari ke ape,tapi ni mercun bola dik! Kuat la bunyi dia. Da tu,korang plak main time orang tengah terawih. Saudara2 sekalian,please hormat orang lain yang nak terawih. Bagi orang-orang yang nak terawih ni solat dengan tenang dulu eh. Lepas tu korang nak main pukul 3 4 pagi kat CERUK HUTAN pon takpe. Bukan main dekat kawasan perumahan =.=’
takkan nak tunggu jadi macam ni baru nak taubat main mercun??

Kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat, saudara-saudara, saudari-saudari, remaja-remaja sekalian yang rasa-rasa da mengganggu kejiranan masing-masing, tolong pikir perasaan orang lain jugak. Kesian pada orang lain. Ingatlah, ape yang kita da buat dekat orang, orang akan balas kat kita balik. Itu pasti! Satu hari nanti bila kita ade ibu bapa yang sakit and ade anak kecil yang baru lahir,kita akan paham perasaan diorang. Maaf atas segala keterlanjuran kata-kata yang kurang enak. Sekadar peringatan bersama~ Wallahu’alam.

10 comments:

ieda =.= said...

takot...bahaya...

T__T

~ Jebat Derhaka ~ said...

nk salahkan kanak2 sangat pon tak boleh jgk kan...masalahnye kebanyakkannye mak ayah or adik abg kakak yang sponsorkan mercun tuh...tak pon ajak maen sama2....kebanyakkannya macam tuh lah...

ChocoStrawberi said...

@syieda:bukan takot,seram pon ade.

@Mr Ej:hurm...tu pon salah 1 gk.hope parents or org dewasa pon paham la keadaan org lain gk kn =.='

Alif Haris said...

alaa chill la..
main mercun bawang takkan tak boleh ? hahaha

Nor'amirah Nabihah said...

yg kesiannye baby tu..ish3

yg tukang jaga baby tu lg kesian kot..haha

AMRI OTHMAN said...

wow,,,,
lama xmain mercn sejak xjadi budak sekolah lagi..huhu..
kehagatan perayaan tuh....
xleh lari dari tradisi..
pape pun "jgn la kasi jiran mrh"..
ttba raya bergaduh,,org bermaafan kan.... wink!

ChocoStrawberi said...

@alif:hahaha.siyes la weh.mercun bawang cmne eh?mcm mercun pop or mcm mercun bola.konpius da =.='

@arim:haaaaaa.tw xpe.yg tukang jge baby ni yg letih :(

@AwieKashi:hehe.yg penting,jgn buat jiran marah.like that qoute :D

Alif Haris said...

mercun pop bunyi mcm taik je .. haha ..
meletop kt tgn tak sakit ..tp tu sesuai utk bayi la haha

iSmaZuRina said...

betol.. sy pun anti bdak2 yg main mercun yg bising2 ni.. huhu.. kesian kat mak yang ada lemah jantung.. selalu terperanjat.. :(

ChocoStrawberi said...

@alif:hahaha.jahat gle ko~mercun pop wtpe.haha

@ismaZuRina:haa.tw xpe.sian kn.tkot nnt mak jdi pape.hurm