Friday, August 26, 2011

cepat la balik

salam to alls.
harini hari jumaat. penghulu segala hari. tak sangka harini da hari ke 26 kita berpuasa. cepatnye mase berlalu. ramadhan pon nk bye2 da.

harini rumah aku bakal dibingitkan oleh kebisingan adik-beradik aku yang terlampau dan melampau. haha. mane taknye,harini la Amim balik, An-an balik, and abang pon menyibok nk balik :P hahaha. semua nak balik beraya!hoho~

abang@Faizuddin is the only one abang yang aku ade. masih muda. umur 22 and still single. sentiasa tercari-cari member aku untuk dijadikan awek :P abang kate harini dia nak belanje KFC. orang ade gaji la katekan. lalala~kdg2 bertuah jugk ade abg mcm ko bang(*tang ni la aku baru ckp nk bertuah) haha.ye la.kecik2 dulu suka sgt buli aku. pemalas plak tu. asek suruh org masak je. telur goreng pon nk kena masakkan. lepas tu boleh plak paksa2. kalau aku tak buat,mula la baran@angin kuss2 datang. apeee daaa~ tapi naseb baik skrg da baek kan :P :P hahahaha.well,baru nak matang kot. lelaki kn lambat matang XD
An-an@Farhan ni adik lelaki bawah aku. umur 18 and skrg study kt UITM Penang kos elektrik.an-an kate malam nanti dia sampai rumah. tiket pukul 1 petang kot. seminggu lepas, awal-awal dia bagi msg kat aku cmni,"kak,an-an balik 26hb tw.ko jgn lupa masakkan tok an-an kek batik.aku nak". yela An-an oiii~ko memang manja+gedik :P mslhnye smpai harini kakak ko ni tak beli biskut marey lg. hehe. lupa nk cakap dgn abah la. takpe. harini abah cuti. t la date dgn abah beli biskut.huhu

nak cte pasal an-an ni memang tak habes. dgn dia la yg aku tak tahan tym kecik2 dlu. mse aku drjh-drjh dlu,aku pernah ckp dgn dia mcm ni,"an-an,slagi ko tak ubah perangai,slagi tu la aku tak suka ko.lbey bek ko ubah perangai cept!". agk melampau kn pe yg aku cakap. tu adalah ayat budak sekolah rendah yg tak berapa matang -.-' sesal dgn kata-kata tersebut. tp terlajak perahu boleh berundur,terlajak kata-kata badan binasa :P haha. tak boleh blah ade peribahasa.
time budak-budak,an-an la yang paling suka buat hal. haishhh.well,dlu aku tggl kt seksyen24,shah alam. then klu g skolah,mesti g jln kaki dgn an-an dlm 10 mnt cmtu r. then kalau emosi dia tak bagos(contoh mcm stokin hilang ke,takde mood ke n etc),mula la buat hal. mula-mula baik je depan mama dia g sekolah. then sampai tengah jalan,dia ckp,"an-an taknak g skolah!!!!". lepas tu plak, boleh dia campak beg kt aku and pergi lari entah mne-.-' aku yg blur and xtw nak cri an-an kt mne,trus la bwk beg an-an balik rumah smbil nanges. pstu mama tye," knape balik?an-an mne?asal tggl beg je?". aku pon ckp la an-an da lari ntah mne. hmpir tiap2 hri cmtu. nnt mama yg kena cri an-an area rumh flet and rumh teres kt ctu. da la tym tu aku pgws,so agk tkot la klu dtg lmbt g skolah. tp an-an plak buat hal. grrr~ 

tp skrg ni an-an da besar da. dlu mungkin gadoh2 n aku x suka perangai dia. tapi skrg,dia plak menggedik2+manja2 dgn aku. huhu. before ni dia sekolah teknik gombak,so mcm pernah la ade cinta monyet en. haha. leps tu,dgn gediknye dia,dia letak kepala ats peha aku then ckp, "kak,sedih kak. aku putus cinta do". hahah. rse lawak pon ade. then aku ckp dgn mama. mama ckp plak, "takpe an,bunga bukan sekuntum. boleh cri yang lain".erk!style jugk mama jwb!hahaha. mama takde la jenis sokong sgt anak-anak dia bercinta tym skolah,tp mama tak terlalu mengongkong smpai tak bg. mungkin takot nnt anak-anak akn memberontak. hurm..btol gk~ tu la serba sedikit cte an-an :)

Amim@Syamimi ni plak adik aku bawah an-an. umur 16 tahun and skrg still skolah la kn. huhu. owh lupa plak. minggu ni dia ade trial. trial SMA. wish u all the best! :) SMA ni ialah Sijil Menengah Agama yg wajib diambil oleh semua student form4 sekolah agama menengah under Jais. SMA ni kre exam besar mcm PMR and SPM gk la. tkot2~da nk hbes da kot trial dia. ye la. hrni nak balik da. huhu. psl dia ni takde hal sgt la.ok je. tak byk prob mcm dekt an-an. haha. tp kalau dia balik,aku buli dia. mesti suruh dia tlong buat pape. hahaha. bosan la aku buat pape sorang-sorang. mesti kena ade assistant. haha. so, i'm really2 sori sebab suka ajak ko buat keje secare pakse. haha. psl amim xtw pe nk cte. klu nk byk cte,kne gadoh la. hahaha XD

mcm pnjg berjela plak entry aku kali ni. huhu. i'm happy having them in my family.ade jugk la yg lain2.mama, abah,e-e, idah,ojan. tp sume ni cte tym len plak k :) salam syg dri kakakmu yg suka membuli  korang cepat-cepat la balik eh. aku tak sabar nak makan kfc nih :P. lg1, aku nak korang cepat balik sebab mama ajak buat biskut cornflakes. tak bes la buat kalau takde pembantu yg rajin mcm korang.haha.

bak kte abg,IGTG. I Got To Go. hahaha.jap lg pukul 9 nak dating dgn abah. nak laksanakan one of my mission. enjoy reading! wasalam :)



Thursday, August 25, 2011

Duit JPA~ble mau masuk??


Bismillahirrahmanirrahim…….

Dok rumah,
goyang kaki,
Tengok tv,
Basuh baju,
Sidai baju,
Bukak laptop,
Online,
Tengok movie adamaya,
Ok…………….sume ni takde point =.=’

Sebenarnye aku nak kasi tau yang aku dok rumah ni aku takde duit. Huhu. Sian aku. Pernah aku ngadu kat abah aku yang wallet aku takde duit. Then abah aku kasi RM50. Wowwwwowwww!!! Banyaknye. Huhu. Baeknye abah~ ye la. Padahal aku dok rumah je pon. Kejenye goyang kaki je. Kat rumah pon semua da disediakan. ^_^

Sekarang aku tengah konpius ni. Anybody student yang dpt JPA tau tak ble duit JPA masuk for 1st sem 2011/2012?Aku pon  tak cek la kad atm bank islam aku. Malas nak kua rumah kn. Aku rasa duit JPA da masuk pon ble sorg membe aku post kt fb duit JPA da masuk. Tp membe aku ni dk dentist USIM. Owwhhhh btol ke??????? :D :D :D
Kalau btol da masuk, aku la orang paling bahagia dlm dunia ni. Hahaha.hiperbola nk mati. Tak tak tak. Jangan risau. Aku takkan gunakan duit ni untuk berjoli. Aku da plan nak gunakan duit JPA kea rah yang betol. Tapi aku segan nak tunjuk kt korang ape plan aku. Takot tak jd. Bdw, korang doakan lah plan aku jadi eh. Amiiiiinnnn~

Itu je aku nak cerite sebb duit JPA ni je yg selalu bermain2 kt kepala aku :P :P :P
Excited duit nk masuk en. Hahaha. K,need to go. Wslm J

Tuesday, August 23, 2011

nak kad raya

assalamualaikum.........

tetttttt tetttttt. msg inbox anset aku berbunyi.

aisyah: "dear, bagi alamat rumah u asap. i nak hntar kad raye :D "

aku: "wahhhhh.ade org nak kasi kad raya la :) siap pos lagi! ok. ni alamt rumah i ye~no **,jalan ** 12/6A, Puchong, Selangor. u, jgn lupa letak duit raya sekali k ;P (dgn muka tak malu aku mintak duit raya.hahahaha)"

sile jeles semua. 

aku dapat kad raya pos. hahaha.suka2!

kak,aisyah tak bagi lagi kad raya. da keco.buuu~ =.='

kalau ikutkan,da lama aku pon tak pos kad raya. hehe
and kalau ikutkan sekarang, jarang da nak jumpe orang yang rajin pos kad raya.
sekarang semua da moden.
pakai SMS je ataupun pakai FB
ade orang kate lagi jimat. jimat duit, jimat tenaga and jimat masa. 

kali ni mungkin kawan aku nak send kad raya sebab semua tengah cuti.
so cm seronok la klu masing2 dapat kad raya dri mmbe2 yg tgh dok goyang kaki kt uma kn.hee~
kawan aku yg aisyah ni org kelantan.
rse cm excited plak dpt kad raya dri kelantan~hahaha
1st tym la ktekan dpt kad dri kelantan.pfffftttt

ade blogger yang hantar kad raya sesame blogger untuk mengeratkan ukhuwah.
contohnye macam bro alif haris kita ni.
dia da dpt kad raye~woooowww! cepatnye. huhu
sape2 nak kad raya dri aku inform cepat2 k.
aku nak bg kad raya ni. ASAP!!!
nah kad raya dari aku.taraaaaaa!
khas untuk followers and readers blog ni :))
siap da~heee.

aip orang melaka yang jauh tuuuu.eden nak kad raya 1 boleh?? ^___^
eden tak pernah lagi dpt kad raya dari melaka. hehe *batak jap~

p/s:before smgt nak raya,lbey baik smgt nak kejar malam lailatulqadr dulu. kan lebih elok :))
      pesanan untuk aku juga yang kadang2 lupa....



Monday, August 15, 2011

Syieda_Joy 1st GA

salam semua. harini aku nak join 1 lagi GA. 
wow! aku ni da gila GA kot. haha. asek join GA je :P
eh tak3!aku tak gila GA ok.
aku join GA cik syieda ni pon sebab aku rasa syarat dia sgt simple.
syarat-syarat:
1-kena follow blog syieda
2-buat entry bertajuk "Syieda_joy 1st GA"
3-letakkan banner ni di entry korang and linkkan ke blog cik syieda
4-nak tag boleh,taknak pon takpe :)
5-da siap??letakkan link URL BLOG korang dlm komen cik syieda :)

gampang sih!buat 5 minit je da siap.huhu.
ade rezki,dapat la topup free.
kalau takde rezki,boleh cuba lagi ^___^

Friday, August 12, 2011

Mercun,meriam dan sewaktu dengannya(GERAM!)


Salam to all readers. Entry hari ni aku nak cakap pasal mercun,meriam and kawan-kawan diorang. Bila bulan puasa and raya je,sinonim nye mesti kena kaitkan dengan benda-benda macam ni kan.

Ye la, sebab time ni la orang dapat feel btol-btol bila main mercun,bunga api and meriam. Asal puasa and raya je,nak main mercun,bunga api,meriam and bla3.

Straight to the point,aku nak cerita perihal orang-orang yang suka main mercun,meriam and sewaktu dengannya kat kawasan perumahan aku. aku GERAM dengan orang yang main mercun and meriam ni. Bunga api takpe lagi la. Setakat keluar api tapi tak buat bising takpe. Ni yang main mercun and meriam memang tak pikir perasaan orang lain.
Terutamanya budak-budak remaja yang main mercun and meriam ni. Kalau nak main tu agak-agak la. Aku tau korang berkobar-kobar nak main meriam, tapi boleh tak pikir ko tinggal kat mane. boleh tak pikir jiran-jiran yang dah berumur and ade penyakit. boleh tak pikir baby yang baru lahir.

Kalau nak main pon,korang main la kat tempat takde orang. Kat dalam hutan ke. Sure takde orang nak mara. Kalau yang mara kat ko pon mungkin beruk-beruk+harimau-harimau je la kan. Ni tak. Main dekat taman permainan yang dekat dengan taman perumahan and surau. Kawan2 sekalian,makcik and pakcik yang ade penyakit terkejut la dengan bunyi mercun ko tu. Tak kesian ke kalau diorang mati sebab terkejut dengan bunyi mercun ko tu. Cuba kalau benda tu terjadi kat nenek kita or parents kita. Kesian kan?? :’(

Lepas tu plak,baby2 yang baru lahir yang tengah tidur pon terkejot tau. Sepuluh kali korang baling mercun,sepuluh kali la baby2 terjaga. 10 kali la dia menangis. Wehhhh. Ingat senang ke nak tidorkan baby. Cuba korang tanya mak-mak korang, senang tak nak jaga korang masa kecik?? Baby2 da la kena tidur sebab diorg nak membesar. Korang plak membantutkan pembesaran diorg. Kejam2~

Aku yang bukan baby+bukan makcik yang ade penyakit pon geram dengan orang macam korang ni. Aku pon terkejut tau. Kalau mercun naga takpe,aku tak kesa. Korang main la sampai putus jari ke ape,tapi ni mercun bola dik! Kuat la bunyi dia. Da tu,korang plak main time orang tengah terawih. Saudara2 sekalian,please hormat orang lain yang nak terawih. Bagi orang-orang yang nak terawih ni solat dengan tenang dulu eh. Lepas tu korang nak main pukul 3 4 pagi kat CERUK HUTAN pon takpe. Bukan main dekat kawasan perumahan =.=’
takkan nak tunggu jadi macam ni baru nak taubat main mercun??

Kepada kawan-kawan, sahabat-sahabat, saudara-saudara, saudari-saudari, remaja-remaja sekalian yang rasa-rasa da mengganggu kejiranan masing-masing, tolong pikir perasaan orang lain jugak. Kesian pada orang lain. Ingatlah, ape yang kita da buat dekat orang, orang akan balas kat kita balik. Itu pasti! Satu hari nanti bila kita ade ibu bapa yang sakit and ade anak kecil yang baru lahir,kita akan paham perasaan diorang. Maaf atas segala keterlanjuran kata-kata yang kurang enak. Sekadar peringatan bersama~ Wallahu’alam.

Wednesday, August 10, 2011

Worldless Wednesday::2|Kasih Alia

cte ni bes!
jom layan setiap hari isnin-khamis
7 petang
TV3 :)
layan jugak lagu fida-Teriakan Kalbu~

Tuesday, August 9, 2011

Saya nak hadiah dari Ketawariang ^__^

salam. harini jom kita mintak hadiah dari Ketawariang. hehe
Ketawariang nak bagi blogger-blogger giveaway la :)
before nak dapat giveaway, Miss Ketawariang suruh accomplished 2 task.
first task,
Miss Ketawariang mintak bagi pendapat pasal blog dia.
pe yang aku nak cakap is blog Miss Ketawariang ni sangat simple.
mungkin boleh tuka backgound or layout kepada yang lebih sesuai.
harap komen ni komen yang membina dan dapat membantu Miss Ketawariang tok upgrade blog :)

second task,
Miss Ketawariang mintak letak gambar senyum and kenapa kita senyum time tu.
ok.........
mane gambar aku??hehehe
aku yang hujung kanan tu.
seeee tengah senyum kan??
hehehehe.
kenape aku senyum??
aku n adik laki n adik perempuan n sepupu aku hepi dapat datang Serawak!!
hehe.tu kira first time la datang Sarawak sebab kitorang g kenduri kahwin makcik aku belah lelaki.
laki dia orang Sarawak
lepas tu selamber je ktorang snap pic dalam rumah pengantin lelaki.
batak sebab fisrt time sampai Serawak!hahaha

jadi,sape2 yang nak join boleh singgah blog Miss Ketawariang
ni beliau punye giveaway because of 4th anniversary blog dia.
guys,jom join ramai2.
kasi meriah sket!
mane tau bertuah ke ^___^

Monday, August 8, 2011

follower ke 1955 :D

salam semua.wuuuttttt. wuuuttttt.tajuk nak kasi gempak je. hahahaha
korang asal?? jeles ke follower aku da 1955??grrrr~
saba naa. jangan mara. pose2!! hahahaha

sebenarnye,aku jadi follower yg ke 1955 kt blog 
ekelehhhh. keco la plak =.='

oit2!! sape hangpa nak kata aku keco?? 
bdw,no ni sangat bermakna untuk aku tw!
kalau korang baca dari belakang no tu,akan jadi macam ni- 5591
btol x????
haaaaa. tu bufday aku. hahahaha
so aku rasa no tu sangat bertuah and cantek! :)
jangan mara guys :P

p/s:nampak beno keco tak bertempat =.='

Resepi Kerabu Mangga yang Fantastic!

salam semua. harini aku nak bagi korang satu resepi yang senang. hoho. memandangkan sekarang bulan puasa,then mesti korang bosan kan kalau asek makan makanan yang sama. jadi, jom kita tukar menu and try buat kerabu mangga untuk buka puasa. lagi senang kalau pokok mangga tu korang boleh dapat depan rumah(macam aku punya) and tengah musim berbuah. memang superb la! hehe.tiap2 petang aku petik buah mangga :D
bahan-bahan:
~buah mangga yang mengkal(erk,korang tau tak mengkal tu ape??aku pon tak sure ni bahasa melayu or jawa. haha. mengkal ni lebih kurang macam buah tu tak mentah tapi tak terlampau masak sampai kaler kuning)
~sedikit gula,garam
~buah limau nipis
~bilis
~sedikit cili and bawang besar

cara masakan:
mule2 korang sagat la buah mangga tu.erm kalau takde sagat macam aku,dun worry. buat cara manual je. hahaha.macam aku buat. korang potong la nipis2 buah mangga tu.tak lama pon.amek masa 20 minit untuk 2 buah.haha.


next step,masukkan sedikit garam dan gula.garam and gula ni korang agak-agak je la eh.kan tengah puasa. jangan berani2 nak try plak.hehe. then masukkan jugak sedikit cili dan bawang besar yang telah dipotong halus2. tujuan letak cili and bawang ni sebagai penambah perasa and tambah cantik je ^_^


kemudian,jangan lupa untuk sangai sedikit bilis dalam kuali.agak2 bilis da garing,angkat and tumbuk bilis dalam lesung sampai hancur. kegunaan bilis ni untuk menambahkan rasa lemak dalam kerabu mangga.


akhir sekali,letakkan sedikit perahan limau. maka dengan itu,siap suda kerabu mangga anda!yeayyyy!
haaa. ni la yang aku da buat. amacam??terliur tak??hehe.jangan lupa try kat rumah eh. actually, kerabu mangga ni aku buat malam semalam. tapi hari ni baru sempat letak resepi.hehe.sori lambat.k la.nak menidurkan diri da.bye semua.salam :)

Friday, August 5, 2011

10 tahun yang lalu................

salam  semua.
10 tahun yang lalu.................
ketika umur aku 10 tahun,
adik aku yang bongsu(adik yang ke5 untuk aku and anak ke7 dalam family) lahir kat dunia.
and aku rasa tu maybe adik aku yang bongsu(hope for no more 'adik' after that.hahaha)
sepanjang aku kecik sampai lah umur 10 tahun,
keje aku ialah jaga adik-adik aku yang 5 orang tu,buatkan susu untuk diorang,basuh berak kencing diorang,basuh napkin diorang(dulu-dulu pakai napkin je kat rumah sebab jimat),sidai napkin and baju-baju diorang,lipat napkin and baju-baju diorang yang bertimbun,layan karenah diorang gaduh,tolong mama buatkan makanan untuk diorang and bla3.
then kalau mama kursus,ktorang balik kampung.nenek jaga ktorang sebab abah kerja.
korang pernah tak jaga adik korang,then korang kena tampar dengan nenek walaupon bukan salah korang adik tu jatuh??korang tak pernah,tapiii aku pernah.
korang pernah tak rasa kena marah dengan mama masa umur darjah 3 sebab adik korang yang baru 3 hari lahir menanges??mesti la kita pikir takkan aku nak dukung baby baru lahir ni.aku pon baru darjah 3.
kalau ikutkan memang banyak lagi pengalaman aku masa kecik.
sedih pon ade gak sebab rasa time tu aku kecik lagi.
buat ape nak kena jaga diorang,aku nak jugak main dengan kawan-kawan lain.

semalam.............
kali ni umur aku da 20 tahun,
lepas balik terawih,aku terus lipat baju(keje aku yang biasa,lipat baju lepas terawih sambil tengok tv).
then aku cakap dengan abah,
"abah,tengok ni.ni kerja kakak 10 tahun yang dulu.10 tahun dulu,kakak yang kena lipat baju ojan,an-an,amim,e-e,ida.sekarang kakak lipat baju baby lagi.aduhhh.rasa macam tambah adik lagi plak.hehe"
aku cakap dengan nada ketawa.
abah:"hehehe.kesian kakak kena lipat lagi'.
aku pon gelak je.huhu
well,kali ni kerja aku sama macam 10 tahun yang lalu.
tapi bukan jaga adik aku.aku kena jaga adik sepupu aku yang baru lahir 21/7 hrtu.
sekarang ni makcik aku and anak dia tinggal uma aku supaya mama boleh jaga makan and pantang dia.
bdw,aku da tak kesah da kena jaga baby sekarang.
mungkin sekarang aku da makin besar,da makin matang and da belajar cara untuk buat sesuatu dengan ikhlas.
dari baby tu hari ke4 aku da dukung dia and sekarang aku kena jadi buaian bergerak dia tiap kali dia nanges.hehe
pernah sekali satu malam(malam tu malaysia lawan singapura), baby tu nanges.
aku pon ambik la baby tu and dukung dia sampai dia tidur.
bila dia da tidur,aku letak kat pangku aku and still dodoi2 dia lagi.
family aku yang lain plak bersemangat tgok bola.pastu ade jugak la adik-adik aku yang kacau-kacau baby.
then aku cakap,"jangan kacau.t baby bangun.susa taw nak jaga baby.korang tak pernah rasa.kakak da rasa da masa jage korang"
tiba-tiba aku sebak.arghhhh.aku memang macam ni.cepat tersentuh.sedih!
air mata aku mengalir depan mama,makcik aku, and adik-adik aku.
entah kenapa laju air mata yg mengalir walaupon aku bukan jenis yang cepat menangis depan family.
zaman kanak-kanak aku selalu buat aku sedih and cepat tersentuh.macam-macam pengalaman yang aku rasa.
orang lain tak rasa ape yang aku rasa.and no wonder la kalau orang lain hepi time kanak-tapi aku tak sangat.
aku tau life aku macam mana masa kecik-kecik dulu.

tapi...............
aku dapat sesuatu yang korang semua tak dapat.
pengalaman mengajar kita.
*hasil didikan mama,aku jadi orang yang berguna.
*walaupon mula-mula agak pahit,tapi hasilnya amat manis.
*aku tak jadi orang yang malas and tak tau buat kerja.
*aku tak jadi orang yang tak tau masak and hanya beli makanan siap sahaja.
*aku tak jadi orang yang geli untuk cuci najis kanak-kanak sebab aku da jadi biasa apabila dengan adik-adik aku dulu.
*aku tak jadi orang yang merungut and tak reti bersyukur sebab aku tau erti payahnya kehidupan.
*aku tak jadi orang yang sombong sebab aku tau sombong takkan membawa kepada apa-apa.
*inilah life aku.
*life yang diuji oleh Allah supaya aku jadi lebih tabah.
*yang mana akhirnya,
*life ini yang membawa kepada 1001 kebahagiaan, kemanisan, kejayaan dan keberkatan dunia akhirat.
*aku yakin setiap yang berlaku ade hikmahnya.....................
wallahu'Alam. 




Wednesday, August 3, 2011

Worldless Wednesday::1|Surat Cinta♥


jom kita doa sama-sama.
lagi-lagi sekarang bulan Ramadhan.
i'Allah makbul.
amiiiinnnn! :D

Monday, August 1, 2011

JANGAN KOREK HIDUNG!

salam semua. alhamdulillah harini kita masih dapat peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan 1432H. pernah tak korang dengar yang kita tak boleh korek hidung?? betol ke ni?? mesti korang rasa blog ni mengarut en. tak pernah-pernah dengar orang kata jangan korek hidung =.='
ish btol la. aku yang tulis blog ni aku tau la pe yang aku cakap. korang tak percaya ke??haaaaa. korang tau tak salah satu perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa. rongga ni termasuk la hidung,telinga, mulut dan lain2. jadi seelok-eloknya korang tak payah la korek hidung time korang puasa sebab takot nanti boleh batalkan puasa.do u get my point??


kat sini aku tunjuk contoh soalan yang aku search kat internet. soalan yang berkaitan dengan topik kita:

SOALAN: Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang  itu berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau  hidungnya. Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar? 
JAWAPAN: Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan  kadar yang sederhana dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan hidung di waktu malam. 

RUJUKAN: SOAL JAWAB RAMADHAN

then, pagi tadi aku buat la status joke kat fb(facebook). status macam dalam gambar kat atas tu. nampak tak tulisan dalam gambar tu?kali ni aku besarkan gambar sampai lebih had da.hahaha.

 then mrDaos kata aku tak senonoh. dia geli baca status aku. hahaha. waaaaa status kat atas tu joke je la. joke yang membawa maksod yang mendalam tau! :D nak kasi tau semua orang supaya jangan korek hidung, nanti batal puasa. huhu. aku orang yang bersih ok. bukan tak senonoh seperti yang digembar-gemburkan. huhu. 

kat sini aku just nak share ape yang aku tau. aku pon ade banyak salah silap. andai kata macam tak berapa sure dengan ape yang aku tulis, korang boleh tanya dengan orang yang lagi arif. kalau aku salah,korang boleh betulkan. tak de masalah. kita jumpa lain post ok. selamat malam! ^__^