Sunday, July 31, 2011

Malam ni Jangan Lupa Niat Eh! :D

salam untuk reader2s yang sudi kunjung ke blog aku yang tak seberapa ni. ha. korang baca tajuk aku tuh, korang ingat agak2nye niat ape? hehe. mestilah tak lain tak bukan kena niat puasa.hehe. mama kata, 'pejam celik pejam celik tak sangka kita da nak puasa. kejapnye!'. betul2,begitu cepat waktu berlalu. 
aku ingat lagi bulan puasa tahun lepas. time tu puasa dengan membe2 kat cafe mase sem1 kalau tak silap. untuk puasa kali ni, syukur dapat peluang berpuasa sebulan penuh kat rumah. kalau ikutkan dari aku form1 sampai la umor aku 19 tahun, tak pernah aku dapat peluang puasa penuh dekat rumah. sebab time tu duduk hostel kan. kalau mase form1-form5,tiap2 hari la makan kat DM Samebst uh. hahaha.rindunye kat zaman sekolah. sekarang alhamdulilah umor 20 tahun, dapat puasa sebulan kat rumah dengan mama abah and adik beradik yang lain :)


memandangkan puasa kali ni kat rumah, aku tekad nak buat yang terbaik untuk ramadhan kali ni. mungkin ramadhan-ramadhan aku yang sebelum ni kurang baik(mula lah aku nak gune alasan tengah belajarlah, penatlah, balik kelas jalan kaki lah, blablabla.............), jadi aku tekad aku nak improve betul2 ramadhan aku kali ni.antaranya ialah:

1. tingkatkan iman( increase pahala & decrease dosa)
2. aku nak try khatamkan Quran
3. jangan liat bangun sahur..hehehe
4. buat terawih betul2 (bukan la maksodnye b4 ni terawih aku tak betol,cume b4 ni terawih aku 8 rakaat je, lepas tu ade yang aku tinggal witir la bagai. so untuk terawih kali ni, aku azam nak buat yang terbaik!!)
5. selalu tolong mama abah(tolong mama masak sahur, buat kerja rumah and dll)
6. haaaa. ni kena ubah.jangan tidur lepas suboh plak( mentang-mentang la puasa and tak payah bangon breakfast,pastu ko ganti breakfast dengan tidur. apeeee laaaaaa. ni tak mau!)
7. kalau boleh, jangan tinggal solat dhuha.( baru rezeki senang nak masuk, puasa pon rasa senang and hidup dapat berkat dunia akhirat.amiiinnnn!)
8. nak try dapatkan malam lailatul Qadar(mungkin pada 21,23,25,27 or 29 ramadhan)

and ade lagi amalan-amalan lain yang aku usaha nak buat and improve. moga iman aku sentiasa kuat dan tak goyah dengan bisikan nafsu and syaitan. kat sini aku nak share kata-kata seorang ustaz aku masa sekolah dulu:

'bulan ramdhan adalah bulan untuk berubah. yang mana kita kena berubah ke arah yang lebih baik. banyak ganjaran pahala yang akan kita peroleh dalam setiap amal soleh yang kita lakukan. disebabkan itu, bulan ramadhan menjadi titik permulaan kepada kita untuk didik diri kita memperbanyakkan amal ibadah seterusnya amalan ini akan terus kita lakukan sehinggalah kepada ramadhan akan datang(means takdelah bila habis puasa,then amalan kita stop sampai situ je). begitu jugalah untuk ramadhan2 yang seterusnya'

jadi,marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. moga Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan sebelum ni :)

 'Ya Allah, Kau bimbinglah diriku. bantulah hambaMu yang lemah ini. berikanlah aku kekuatan untuk terus beribadat kepadaMu, Kau terimalah segala amal ibadatku di bulan ramadhan yang mulia ini dan segala amalanku di dunia ini. Aminnnnn ya Rabb al-'Alaminnn'



──────▄▌▐▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀▀▀▀▀▀▌
───▄▄██▌█ ║▌║█║▌║▌││║▌║█║▌║▌││║▌║█║▌║▌││
▄▄▄▌▐██▌█ ...Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak...
...███████▌█▄▄▄▄ ▒▒▒▒▒▒▒▒▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▌
▀❍▀▀▀▀▀▀▀❍❍▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀❍❍▀▀




4 comments:

alif haris said...

haha selamat berpuasa sopek ^^

~aku dan die~ said...

hahahah.selamat puase gak alif haris.blogger terkenal.ecece! :D

L said...

datang sini bawak senyuman, nk bawak milo tp puasa, huhu selamat berpuasa..=)

~aku dan die~ said...

huhu.takpe.bwk milo lepas raya eh ;P