Tuesday, July 5, 2011

Orang Jepun Suka Rai Cerai????

salam to all readers. hari ni post aku pasal satu trend kt Jepun. pernah tak korang dengar pasal orang suka bercerai. ataupun orang tu suka sangat bercerai sampaikan dia meraikan penceraian dia. kalau kita sanggup tak buat macam tu? kalau aku mungkin tak sanggup. sedih pon ade kalau bercerai. moga dijauhkan aku dari segala penceraian.

kembali kepada tajuk entry yang sebenarnye. definisi cerai yang sebenarnya ialah pisah atau sarak. definisi cerai mengikut islam pula ialah pemutusan terhadap ikatan pernikahan secara agama dan hukum. satu trend yang tengah berlaku kat Jepun sekarang ialah mereka suka meraikan penceraian mereka.
Upacara meraikan perceraian ini semakin meningkat di Jepun selepas gempa bumi kuat dan tsunami melanda negara itu Mac lalu, disusuli krisis nuklear yang dikatakan menjadi penyebab pasangan tidak gembira mula menilai semula kehidupan mereka.proses meraikan penceraian tersebut meliputi upacara hidangan bufet, membeli gaun penceraian dan juga memecahkan cincin perkahwinan dengan tukul.

untuk maklumat lanjut mengenai trend yang sedang hangat di Jepun ni,boleh baca maklumat di Berita Harian Online.

No comments: