Sunday, July 31, 2011

Malam ni Jangan Lupa Niat Eh! :D

salam untuk reader2s yang sudi kunjung ke blog aku yang tak seberapa ni. ha. korang baca tajuk aku tuh, korang ingat agak2nye niat ape? hehe. mestilah tak lain tak bukan kena niat puasa.hehe. mama kata, 'pejam celik pejam celik tak sangka kita da nak puasa. kejapnye!'. betul2,begitu cepat waktu berlalu. 
aku ingat lagi bulan puasa tahun lepas. time tu puasa dengan membe2 kat cafe mase sem1 kalau tak silap. untuk puasa kali ni, syukur dapat peluang berpuasa sebulan penuh kat rumah. kalau ikutkan dari aku form1 sampai la umor aku 19 tahun, tak pernah aku dapat peluang puasa penuh dekat rumah. sebab time tu duduk hostel kan. kalau mase form1-form5,tiap2 hari la makan kat DM Samebst uh. hahaha.rindunye kat zaman sekolah. sekarang alhamdulilah umor 20 tahun, dapat puasa sebulan kat rumah dengan mama abah and adik beradik yang lain :)


memandangkan puasa kali ni kat rumah, aku tekad nak buat yang terbaik untuk ramadhan kali ni. mungkin ramadhan-ramadhan aku yang sebelum ni kurang baik(mula lah aku nak gune alasan tengah belajarlah, penatlah, balik kelas jalan kaki lah, blablabla.............), jadi aku tekad aku nak improve betul2 ramadhan aku kali ni.antaranya ialah:

1. tingkatkan iman( increase pahala & decrease dosa)
2. aku nak try khatamkan Quran
3. jangan liat bangun sahur..hehehe
4. buat terawih betul2 (bukan la maksodnye b4 ni terawih aku tak betol,cume b4 ni terawih aku 8 rakaat je, lepas tu ade yang aku tinggal witir la bagai. so untuk terawih kali ni, aku azam nak buat yang terbaik!!)
5. selalu tolong mama abah(tolong mama masak sahur, buat kerja rumah and dll)
6. haaaa. ni kena ubah.jangan tidur lepas suboh plak( mentang-mentang la puasa and tak payah bangon breakfast,pastu ko ganti breakfast dengan tidur. apeeee laaaaaa. ni tak mau!)
7. kalau boleh, jangan tinggal solat dhuha.( baru rezeki senang nak masuk, puasa pon rasa senang and hidup dapat berkat dunia akhirat.amiiinnnn!)
8. nak try dapatkan malam lailatul Qadar(mungkin pada 21,23,25,27 or 29 ramadhan)

and ade lagi amalan-amalan lain yang aku usaha nak buat and improve. moga iman aku sentiasa kuat dan tak goyah dengan bisikan nafsu and syaitan. kat sini aku nak share kata-kata seorang ustaz aku masa sekolah dulu:

'bulan ramdhan adalah bulan untuk berubah. yang mana kita kena berubah ke arah yang lebih baik. banyak ganjaran pahala yang akan kita peroleh dalam setiap amal soleh yang kita lakukan. disebabkan itu, bulan ramadhan menjadi titik permulaan kepada kita untuk didik diri kita memperbanyakkan amal ibadah seterusnya amalan ini akan terus kita lakukan sehinggalah kepada ramadhan akan datang(means takdelah bila habis puasa,then amalan kita stop sampai situ je). begitu jugalah untuk ramadhan2 yang seterusnya'

jadi,marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. moga Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan sebelum ni :)

 'Ya Allah, Kau bimbinglah diriku. bantulah hambaMu yang lemah ini. berikanlah aku kekuatan untuk terus beribadat kepadaMu, Kau terimalah segala amal ibadatku di bulan ramadhan yang mulia ini dan segala amalanku di dunia ini. Aminnnnn ya Rabb al-'Alaminnn'



──────▄▌▐▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀▀▀▀▀▀▌
───▄▄██▌█ ║▌║█║▌║▌││║▌║█║▌║▌││║▌║█║▌║▌││
▄▄▄▌▐██▌█ ...Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak...
...███████▌█▄▄▄▄ ▒▒▒▒▒▒▒▒▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▌
▀❍▀▀▀▀▀▀▀❍❍▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀❍❍▀▀




Friday, July 29, 2011

nak kawen awal jugak!!~

salam :))
mood aku harini nak kawen.
erk,bukan harini je mood nak kawen.
tiap2 hari mood nak kawen awal.
*gatal~*hahaha.
perasaan nak kawen awal makin membuak-buak bila makcik aku yang baru kawen tahun lepas(10/10/2010) da bersalin anak sulung.
comelnye baby dia!! :D
then,makin membuak2 bile salah seorang member U nak kawen awal.grrrr~
jelesnye.huhu
umor aku pon da 20 tahun.
nak jadi macam mama la.
mama kawen umor 20,kakak pon mesti boleh jugak kan ma kan kawen umor 20??
huhu.
tapi mama tak bagi.
mama cakap kakak kena ade degree dulu,baru boley kawen.
jangan jadi macam mama.
tak sempat nak masuk U sebab nenek suruh kawen.
kesian mama.
tapi takpe kan,abah baik ape :)
mama tak dapat sambung belajar,tapi terus dapat kerja kan??
murahnye rezeki mama.
sekarang pon,mama abah dapat sambung belajar kat UM tiap2 hari sabtu.besnye! :D
rezeki ade kat mane2 je kalau kite yakin.i'Allah.
tapi aku tetap nak doa moga hati parents aku terbuka nak bagi aku kawen awal and aku ditemukan dengan jodoh yang baik.
bila dia tengok bakal husband aku nanti cukup agamanya,cukup kewangannya,cukup segala2nya,mungkin parents aku akan bagi.
sape tau kan,Allah nak bukakan pintu hati parents aku.
mne tw mama abah kasi kawen masa 3rd year ke~~ ^^,
then, nanti ble da kawen, da takde la haram nak pegang tangan ke,nk dating ke,nk jumpe ke,nk lain2 la.
semua da halal.bes kan?? ^_^
hoho!
pernah aku bgtw sorang member laki aku ni yang aku nak kawen.
member ni asek same dengan aku dari aku sekolah rendah sampai la U.haha
then dia kata,"haaa sop!kawen la dgn Daos cepat.hahahaha.t aku ajak dak2 laki sambest datang main kompang kat uma ko.hahaha.konfem meriah."
haila~dak sekolah aku memang suke bahan org yg kawen awal.
kempunan nak mkn nasi minyak la tu.hahahaha
ape-ape pon,aku akan terus doa supaya ditemukan dengan jodoh yg baik.
doakan rezeki aku murah jugak eh.
kalau both berkemampuan,boleh la kawen yer dak??huhu

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Rabbul Fatihin
Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

.::doakan kami-owner of dis blog::.






Sunday, July 24, 2011

ke arah pemBOIKOTan tahajjud cinta??

salam everyone :)

moga semua sihat2 dan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah. mungkin tajuk di atas SEDIKIT kontroversi atau pun MEMANG kontroversi. bagi orang yang betul2 "hangit" dengan jalan cerita tahajjud cinta, anda semua akan menyokong tajuk di atas seterusnya akan memboikot cerita tersebut. 
tahajjud cinta mengisahkan mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (Fazura), Seri (Fauziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk menghadapi masalah dalam percintaan. 

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepada dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membuktikan kepada keluarganya untuk dia berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas pada zaman sekarang ni. Citra ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
 

Manakala, Seri pula jatuh cinta buat pertama kali tetapi entah bagaimana dia berkorban berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz iaitu ayah kepada Solahudin (Remy).

 Dapatkah Citra dan Solahudin menyelamatkan Seri daripada menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dalam kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu. 

hakikatnya, drama ini mendapat sambutan yang baik di kalangan penonton. namun, terdapat sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan jalan cerita Eirma Fatima dalam tahajjud cinta ini. 

APEKAH YANG TERJADI??

sebelum aku cerita ape yang terjadi, kat sini aku nak tunjuk kat korang 2 gambar ni:
gambar1: fanpage KAMI PELAJAR JORDAN MEMBANTAH TAYANGAN DRAMA TAHAJJUD CINTA

gambar 2: FANPAGE 100.00 KAMI MAHU TAHAJJUD CINTA DI HENTIKAN SEKARANG

untuk pengetahuan semua,kedua-dua fanpage ini telah membantah tayangan tahajjud cinta yang sedang berlangsung di tv3 pada setiap hari jumaat pukul 9 malam. walaupon cerita ini baru 2 episod ditayangkan, tetapi cerita ini juga telah dilabel sebagai cerita yang memesongkan akidah seperti yang telah dicanangkan oleh segelintir pihak. di samping itu, Eirma juga dikecam kerana menulis skrip yang menjurus kepada sikap tidak baik penghuni di sekolah pondok dengan mengetengahkan isu poligami serta penderaan dalam drama itu. 

KOMEN DARIPADA FANPAGE MENGENAI BANTAHAN DRAMA INI??

fanpage gambar 1: 
Page ini menyatakan tentang bantahan terhadap tayangan drama TAHAJUD CINTA yang ditayangkan di TV3 sekarang ini... dan ini hanyalah salah satu cara yang admin boleh lakuan untuk melampiaskan ketidakpuasan hati terhadap salah faham tentang ISLAM...

fanpage gambar2:
kami membantah jalan cerita dan gaya lakonan yang jelas menghina muslimat yang berpurdah...


KOMEN DARIPADA PENGARAH TAHAJJUD CINTA(Eirma Fatima)??

buat masa ini, beliau tidak mahu memberi sebarang komen mengenai kekecaman drama beliau yang sedang berlaku di facebook.
 “Tahajjud Cinta ada 13 episod! Biar mereka lihat semua dan merangkum seluruh ketidakpuasan hati mereka. Saya jawab akan mengeruhkan lagi keadaan. Lebih baik berdiam kerana biarlah mereka melaungkan suara mereka. Saya akan jawab selepas episod 13,” tegasnya. 
bagi Eirma Fatima, segala kenyataannya itu tidak berguna pada ketika ini memandangkan pihak yang menentang akan terus mempertahankan hak mereka. 
“Saya hanya akan bercakap apabila keadaan reda. Sekarang api kemarahan sedang meluap-luap di pihak sana. Biarlah dulu. Tak guna saya mengeruhkan.
“Tak perlu saya komen. Takpelah! Biarlah mereka nak membantah. Mereka berhak. Akan sampai masanya saya akan bagi kenyataan saya pula,” katanya lagi. 

rujukan mengenai komen Eirma Fatima boleh didapati di Sinar Harian

KOMEN DARIPADA AKU SEBAGAI SEORANG PENONTON??

bagi aku, ape yang diperkatakan oleh Eirma Fatima ade kebenarannya. tidak perlulah kita terlalu awal membuat andaian terhadap jalan cerita ini. cerita ini baru sahaja ditayangkan sebanyak 2 episod. ade lagi 11 episod yang masih belum kita lihat dan buat penilaian. bak kata pepatah, don't judge a book by it's cover. pada episod ke13, mungkin kita akan dapat jawapan atas ketidakpuashatian kita selama ini. 

walaubagaimanapun, Eirma juga perlu matang dalam menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang pengarah. semua orang di Malaysia bakal menonton cerita beliau tidak kira lah orang itu Muslim atau tidak. orang-orang di luar negara juga mungkin akan menonton cerita ini. jika pada permulaan cerita ini sudah memberikan persepsi yang buruk, dikhuatiri terdapat sesetengah orang lebih-lebih lagi yang bukan beragama Islam akan memandang serong pada agama Islam.

bagi aku yang juga merupakan penonton cerita ini, aku pon geram sangat dengan cerita ni. rasa tak puas hati yang melampau-lampau. terutama pada bahagian Seri bersalaman dengan Ustaz sebelum Seri melanjutkan pelajaran ke luar negara sedangakn Seri dan Ustaz adalah bukan muhrim(betulkan aku kalau salah eh). then ade lagi la part-part lain yang aku tak berapa setuju. pape pon, aku tunggu je sampai episod akhir nanti macam mana. moga ending cerita ni akan membawa kepada yang lebih elok :) coretan ini adalah pendapat aku sebagai seorang manusia yang beragama Islam dan merupakan penonton tahajjud cinta.sekian~


p/s: KOMEN DARIPADA KORANG SEBAGAI PENONTON??






Saturday, July 16, 2011

kereta ni aku punye.sekian!


haaa
da nampak?
ni kereta aku?
korang ade?
takde kan?
so, tak payah dengki.
HAHAHAHA
gelak jahat
lalalala~


p/s: ni worldless saturday aku.hahaha

Friday, July 15, 2011

patut tak aku jual karipap time bulan ramadhan? :D

salam kepada semua yang sudi kunjung blog aku yang suam-suam kuku ni. suam-suam kuku sebab pemilik blog ni suam-suam and tak sempat nak update blog. hahaha. berbalik kepada soalan aku kat atas tadi,
patut tak aku jual karipap time bulan ramadhan ni?

ceritanya macam ni. sume dengar eh :)
petang semalam,aku duduk rehat2 dengan mak aku. sambil tu tangan busy bergerak buat karipap. saje petang-petang nak rasa karipap panas. tengah borak-borak,tiba-tiba keluar cerita nak jual karipap time bulan ramadhan ni. ye la. cuti aku kan lama(sampai raya je pun, takde la lama mana.kecoh betol =.=' ). tujuan nak jual kuih karipap sebab aku saja-saja nak jual. hahaha. nak buat bisnes la katakan. so nanti dapat duit. dapat belanja untuk raya! yeayyyyy! haha.

haaaa. ni karipap yang pernah aku masak.boleh baca dekat entry ni

lagipun,aku tak tau nak buat ape kat rumah ni. buat karipap pon kejap je and bahan-bahan nak buat karipap pun senang and jimat. biasa aku buat dekat rumah ni,1 kg tepung boleh hasilkan dalam 60 ketul karipap. see sikit je kan guna tepung! lepas tu aku nak jual 3 ketul seringgit. murah hati kan aku bagi 3 ketul seringgit :D kalau ikut standard bandar,dorang jual 1 kuih 40 sen or 50 sen. gle cekik darah!~ 60 ketul bahagi 3,dapat la rm20.haaaa. banyak tuh. haha

 then kalau jadi jual, aku nak jual dekat sekolah dekat dengan rumah aku. senang la nanti. tak payah susah2 aku cari tempat nak jual. pastu plak, parents kan balik sekolah ambik anak. nanti diorang mesti singgah gerai karipap aku. ahahahahah. angan-angan aku memang besar! mak aku pun sokong je idea aku. dia kata, kalau betul nak buat, jangan jual kuih karipap je. jual la dadih sekali ke. hehe. tapi jangan banyak2. ok mama! idea yg bernas. tapi tu la. masih dlm perancangan.
 pendapat korang, patot tak aku jual? HAHA



Sunday, July 10, 2011

Nur Kasih The Movie 2011-Full Movie

salam :)
macam biasa,petang2 jom kita blogwalking. then aku terjumpa la satu post pasal Nur kasih The Movie 2011.
rupe2nye kat blog ni kita boleh tengok movie Nur Kasih The Movie. excited la aku nak tengok and share dgn korang. aku tak tengok lagi ni. kira nak bagitau la yang korang boleh tengok movie ni dekat sini- Nur Kasih The Movie 2011. thanks kepada tuan punye blog yang kasi share movie ni. lame da aku cari.huhu. selamat menonton! :)

Saturday, July 9, 2011

dadih penyejuk hati :)

salam. hari ni aku nak share resepi dadih yang aku baru je buat tadi. senang je nak buat dadih ni tuan puan. huhu. 

bahan2 yang diperlukan ialah: 
satu bungkus serbuk dadih(kena beli dekat pasaraya dulu tau! :D )
satu tin susu cair
2000ml air
gula
ni serbuk dadih yang aku pakai. kalau boleh cari jenis yang macam ni lagi senang. kat belakang plastik ni ade cara2 nak buat dadih ;)

cara nak masak:
masukkan 2000ml air,susu cair dan satu senduk gula ke dalam bekas/periuk.
kacau hingga mendidih(guna api besar).
setelah mendidih,kecilkan api ke tahap paling kecil dan masukkan serbuk dadih.
siap dan boleh diletakkan dalam acuan! :)
 dalam periuk ;P
done!

senang kan??
jadi sekarang da boleh try mcm mne nak buat! :D
selamat mencuba ^__^

Friday, July 8, 2011

Header Baru!yeayyyy! ^__^

salam semua :) 
aku nak gtw kt hangpa sume yang aku ade header baru :D
haaaa. cantek tak header aku?? thanks banyak2 la kat membe aku, Amilia. dia la yang tolong buatkan header blog nie. cube bukak blog dia, comeykan dia?? :D mule2 aku tengok dia buat header baru and aku puji cantek header dia. tetibe, dia buatkan aku plak satu header baru sebab dia suka choc strawberi. yeayyy! thanks Amilia. huhu. sayang ko sgt3! :) t kalau aku jumpa ko kat Gombak, aku kasi ko buah strawberi yang ade choklat eh. ;P

kat sini gk aku nak tompang letak gambar mamat ni.mamat ni hilang kat shopping complex 2 hari yang lalu. hahahaha(gelak jahat jap ;P). ok,aku tipu.
 hahahaha. sebenarnye aku nak bagi mamat kat atas ni cupcake. taraaaaa!
seeeee! cupcake ni ade tulisan hepi bufday and ade strawberi! same dgn tema blog,coklat strawberi :D
hahaha.itu je nak cerita.kesimpulannya,cupcake tu untuk gambar mamat kt ats td.ok,nak bye! :)
salam.

memang setting blogger da tukar eh??

salam. ni aku nak tanya benda pelik ni. aku sign in la blog aku. then aku tengok setting dalam blogger ni da berubah.
betol ke? aku sorang je ke or korang punye pon same? aku konfius da ni. grrrr~ aku pening la sebab tak berapa paham dengan setting baru ni. dashboard kt mne? ok aku baru jumpe. kt simbol blogger kan? adehhh. aku baru ingat nak ubah pasal blog ni sikit. aleh2 kena take time untuk aku belajar. fening2~
 ni bahagian new post
 ni tempat nak usha post dri blog lain
yang ni pulak tempat design
 ok. post ni sesi luahan perasaan aku. ye la.mane tau aku punye setting je yang buat masalah.done luahkan masalah kat semua orang. sekarang kena belajar lagi pasal setting dalam blogger. k bye! :(

Thursday, July 7, 2011

BUKA PUASA DENGAN RESEPI DONUT BAKAL MAK MERTUA :D

Salam semua. Harini gembira sangat.hahahah.sebab pe gembira?? Harini aku da berjaya masak donut ikut resepi mak mertua aku. Mr Daos kasi resepi.peeeeewwwwwiiitttt. ingtkan mamat ni nak masak,aleh2 dia kasi aku resepi suruh aku buat =.=

Memang ikut perancangan aku nak masak kuih pon harini. Cuma aku takde idea nak buat kuih ape. Tiba2 Mr Daos pon kasi la idea buat kuih donut and dia suruh try resepi ibu dia. Ok.takde hal la. Aku Tanya mama dulu,mama ade mauripan tak sebab nak buat donut kena la pakai mauripan. Mama kata ade. Good! Then Mr Daos pon kasi la resepi. Sesape nak resepi bakal mak mertua aku, boleh la try eh. Dialu2kan untuk perkongsian! :D

Bahan2:
1kg tepung gandum
1 bungkus mauripan(mauripan dibancuh dengan secawan air)
3 sudu susu pekat
3 sudu gula
1/4 sudu garam
1 ½ sudu marjerin

Cara-caranya:
1. Gaul tepung dan marjerin di dalam satu bekas.
2. Kemudian, masukkan susu pekat,gula dan garam.
3. Masukkan air bancuhan mauripan ke dalam bekas sedikit demi sedikit untuk mengelakkan adunan daripada terlembik.
4. Jika air bancuhan mauripan terkurang, tambahkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
5. Gaul hingga sebati.
6. Biarkan adunan selama 30 minit,kemudian bentukkan seperti kuih donut dan goreng! :)
 ni adunan aku :)
hahaah..gemuk2 en aku buat??tak kesah la..jnji sedap~

Amacam??da try da??huhu. senang and sedap kan!hehehe. mama pon kata sedap. percaya tak??alhamdulillah. jadi jugak la cubaan resepi pertama bakal mak mertua aku :P hahahaha. Walaupon kuih ni da sejuk sebab da lama goreng,tapi kuih ni still lembut.
taraaaaaaa!siap da donut. nmpk sedap kn??ternyata sedap :D
jgn tengok bentuk dia yg hodoh. aku bukan penjual donut ;P

Jadi, untuk buka puasa tadi aku juz makan 3 keping kuih donut+sedikit nasi. Kenyang suda! Hohoho.
Sesape boleh la try buat kuih donut ni. Mane tau nak buat untuk buka puasa bulan ramadhan nanti ke. Takpun,kalau sesiapa ade hajat nak bukak gerai bazar ramdhan jual donut,boleh la try :D
Itu je untuk perkongsian dapur harini. Hari lain kita try resepi lain plak ok ;) bye2!! ^_^

Wednesday, July 6, 2011

moga pnjg umor n murh rezki my dear! :D

salam semua. aku memang suka tulis ayat mcm tu untuk bufday semua orang. sebabnye aku nak umur orang tu sentiasa panjang and dapat tambah amal ibadat kt dunia ni. kalau murah rezki pulak, aku nak orang tu sentiasa dimurahkan rezki and sentiasa cukup dengan segala nikmat yang Allah bagi tak kira ape jua :)


so, tepat pukul 12 malam tanggal 6 JULAI 1991, telah lahir seorang budak yang mungkin kecik+ringan la kot time tu( dia kata berat dia time lahir 2kg je :P ). hahaha."ok. serius balik." harini tanggal 6 JULAI 2011 adalah hari kelahiran my Mr Daos( Mr Encem+Cute :) ) yang ke 20. 

to my dear,moga panjang umor,dimurahkan rezki,bahagia dengan family and yg tersayang and lastly,moga hidup anda sentiasa diberkati Allah dunia and akhirat. aminnnnn. kalau ikutkan, nak je panjatkan berjelar2 doa,tapi tak termampu la untuk aku tulis. takpe,sambung doa lepas solat pon boleh :)


nak dengar lagu tak yg aku nyanyi untuk Mr Daos??haha. ok. dengar eh.
hahahahha.sweet tak aku nyanyi??pheewiiiittt.sila like aku nyanyi.hahaha. memandangkan anda(Mr Daos) sudah masuk umor ke-20,jadi i bagi hadiah special sikit. sikit je la.tak banyak pon. hahahaha. taraaaaaaaaaaa!!!!!!! ni la hadiahnye.
set hadiah sepasang jam tangan dari alba.hahahah.ok. tipu sepasang hadiah jam tangan.huhu. tapi ni la hadiah yang aku bagi kt dia.beli satu je. da tak surprise sebab pos awal. takpe la.janji dia dapat hadiah dia kan??how is it??ok tak pendapat korang jam ni?? aku beli hadiah ni pun sebab aku dapat rezki lebih hasil dari aku kerja time short sem. berbaloi jugak la tengok hadiah ni. tahun ni rezki lebih, dapat la yang cantik sikit. nex bufday kalau rezki cukup2 je, takde hadiah kot :P huhu.takde la.gurau je eh my dear :D

 pape pun, dalam perhubungan kita yang penting ialah hati. trust each other, try baiki diri and kelemahan masing2. no ones perfect in this world. i try to be the best. same with u. walaupon jauh, tapi tak bermakna hati kita pon jauh kan?? :) always take care urself. jangan sedih2. belajar rajin2. grab the degree first and senyum selalu :)


esok ade surprise lagi kan??heheheh.ape surprise nye??sama2 kita tunggu esok! :) 

Tuesday, July 5, 2011

Orang Jepun Suka Rai Cerai????

salam to all readers. hari ni post aku pasal satu trend kt Jepun. pernah tak korang dengar pasal orang suka bercerai. ataupun orang tu suka sangat bercerai sampaikan dia meraikan penceraian dia. kalau kita sanggup tak buat macam tu? kalau aku mungkin tak sanggup. sedih pon ade kalau bercerai. moga dijauhkan aku dari segala penceraian.

kembali kepada tajuk entry yang sebenarnye. definisi cerai yang sebenarnya ialah pisah atau sarak. definisi cerai mengikut islam pula ialah pemutusan terhadap ikatan pernikahan secara agama dan hukum. satu trend yang tengah berlaku kat Jepun sekarang ialah mereka suka meraikan penceraian mereka.
Upacara meraikan perceraian ini semakin meningkat di Jepun selepas gempa bumi kuat dan tsunami melanda negara itu Mac lalu, disusuli krisis nuklear yang dikatakan menjadi penyebab pasangan tidak gembira mula menilai semula kehidupan mereka.proses meraikan penceraian tersebut meliputi upacara hidangan bufet, membeli gaun penceraian dan juga memecahkan cincin perkahwinan dengan tukul.

untuk maklumat lanjut mengenai trend yang sedang hangat di Jepun ni,boleh baca maklumat di Berita Harian Online.

Sunday, July 3, 2011

PIKOM PC Fair Kuantan 1-3 July 2011

salam and selamat malam semua. sori sebab da lama tak update blog. mule2 busy dengan exam. sekarang ni busy kerja dekat pc fair plak. minggu ni sedang berlangssung pc fair PIKOM kt Berjaya Megamall Kuantan start 1-3 july. means harini hari last day untuk kita sama2 meriahkan pc fair. banyak laptop2 murah yang ade kt situ. kalau ikutkan pagi tadi(2 july), ramai orang2 pahang datang ke pc fair dengan pakai baju t-shirt untuk membantah program lynas. lynas ni ialah satu projek yang produce energy tapi ade kaitan dengan radioaktif. that's why la orang2 awam especially orang2 pahang memang nak sangat projek lynas dihentikan. untuk pengetahuan lanjut mengenai lynas projek,boleh klik sini. kepada semua orang2 kuantan,sangat dialu2kan untuk datang ke pc fair. datang la ke booth aku :D hahaha. siap promote lagi.3 july ni last day dari pukul 10 pagi-10 malam. ni antara kemeriahan pc fair harini punye :)