Wednesday, May 4, 2011

10 sikap "TERLALU" yang harus dihindari

salam..

malam2 macam ni aku nk bagi tips kt semua..
hasil kajian aku mendapati terdapat 10 tips "TERLALU" yang harus dihindari ketika menjalinkan hubungan..sikap ''TERLALU" ini sangat berbahaya jika tidak dikawal dengan baik..

1. TERLALU MANJA
wanita sering dikaitkan dengan sikap manja dan kadang2 sikap manja ini yg dikatakan sebagai daya tarikan tersendiri..kebanyakkan lelaki suka dengan perempuan yg manja TETAPI kemanjaan yang berlebihan terutamanya di khalayak ramai akan menyebabkan teman lelaki anda malu dgn perangai anda..

2. TERLALU TERTUTUP
haa..kalau terlalu tertutup pula,,ini akan menyukarkan proses komunikasi..betul tak??sikap ini akan menyukarkan proses untuk memahami pasangan masing2 dengan lebih mendalam..

3. TERLALU TERBUKA
ade sikap terlalu terbuka pun parah jugak..kadangkala sikap terlalu terbuka ini menjadi tidak menyenangkan..orang yg terlalu terbuka akan meluahkan isi hatinya dengan sesuka hati tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain..
4. TERLALU CEREWET
ade sesetengah wanita kurang menyedari bahawa terlalu cerewet ini akan menyebabkan kepada keruntuhan sesebuah hubungan..terlalu cerewet seorang ibu kepada anaknye boleh dimaafkan TETAPI cerewet kepada kekasih akan menyesakkan meskipon dengan alasan ''aku sayang kepadamu''

5. TERLALU SENSITIF
wanita yg terlalu sensitif akan menyebabkan kekasihnya merasa tidak bebas kerana si kekasih perlu berhati-hati dalam berkata-kata supaya tidak melukai pasangannya..kadangkala gurauan juga menjadi bahan yg sensitif sehingga si kekasih tiada mood lagi hendak bergurau senda..

6. TERLALU MENGONGKONG
lelaki memerlukan ruang dan kebebasan utk melakukan aktivti yg mereka gemari..jika wanita terlalu mengongkong,,pasangannya mungkin mampu bertahan utk masa yg sementara tetapi tidak utk jangka masa yg panjang..dia akhirnya akn bosan dan memberontak sehingga membawa kepada keretakan dlm perhubungan..

7. TERLALU MEMPERLEKEH
lelaki tidak suka wanita yg tidak menghargai dirinya apatah lagi yg suka memperlekehkannya..wanita perlu lebih bijak utk tidak membuat lelaki merasa direndahkan sama ada melalui perbuatan ataupun kata-kata..apabila hendak memperbaiki kelemahan kekasih kamu,,kamu hendaklah mendorongnya dan selalu memberikan kata-kata semangat kepadanya..

8. TERLALU MEMILIKI
kekasih ialah kekasih,,tetapi dia bukan hak milik peribadi kamu..dia juga hak milik kawan-kawan,,keluarga dan juga orang lain..dia juga ingin bergembira dengan orang lain selain diri kamu..

9. TERLALU MENYANJUNGI
kebiasaan memuji dan menghargai memang perlu..tetapi kalau kamu selalu menyogoknya dengan pujian dan sanjungan,,kamu bukan sahaja merosakerti sebenar pujian malah kamu membuat dia merasa bosan..dia juga menganggap kamu tidak ikhlas..

10. TERLALU MENUNTUT
lelaki juga ade had kesabarannya dalam melayan karenah pasangannya yang menuntut itu dan ini..lama kelamaan dia juga akan menjadi bosan dan tidak mahu lagi menurut kehendak pasangannya..

kesimpulannye:jgn bersikap TERLALU dan sentiasa lah bersikap sederhana dalam ape jua yg kte lakukan :))

No comments: