Thursday, December 22, 2011

TAKDE JODOH???wake up!!!!!

selamat malam and malam dan malam dan terus malam.............................

bagi anda semua(bahasa skema kali ni)nak cari wife/husband yg macam mana??sekadar pertanyaan dari saya(skema juga).

mungkin anda nak yang pandai memasak sebab anda suka makan. mungkin juga nak yang manja2 ala kucing gitu sebab nanti boleh treat anda dgn manja(eeuuwww.ape plak ni). ke anda nak yang cantik2/hensem2 and famous2 supaya anda pon boleh terkena tempias famous tu and banyak lagi la sebab yang lain2.

ok. rilex. semua kat ats ni just guessing je. tak tujukan kat sape2 and jangan pulak ade yang cepat melatah. siapa pun yang anda pilih dan macam mana ciri2 yang anda nak, itu semua kt tangan anda. anda yang tentukan anda nak yang macam mana. biarlah pasangan kita nanti ikut ciri2 yang kita nak(ciri2 yang baik je oke). kita nak hidup dengan pasangan kita bukan setahun dua tahun. bukan juga tiga tahun or empat tahun. tapi kita nak hidup dgn dia selama-lamanya. sehingga akhir hayat kita. itu semua yang kita nak kan??

ingat nak hidup bersama-sama selama-lamanya senang ke?? macam-macam yang akan kita lalui. sekarang mungkin boleh cakap,"takpe,aku ok je dengan dia. boleh tahan lagi KOT". ehhhh. come-on laaaa. kita tak rasa lagi. nak hidup sama-sama bukan setahun dua tapi sampai akhir hayat tau. bila da kahwin, semua perangai pasangan kita, yang baik, yang buruk, semua kita kena terima. semua kita kena redha and jangan complain. 

maybe sekarang kita ade minat dengan someone or fall in love la kan. but then, if takde jodoh, then, nak buat ape? perlu ke sampai bunuh diri or terjun bangunan or buat benda bodoh. TAK PERLU!! yeahhhh. aku(bahasa da tak skema) cakap macam poyo kan. macam aku ni power gle and mesti orang cakap,"ko tak rasa lg". 

aduhhhh sayang2 sekalian. aku nak bagi semangat ni. tak nak korang terus sedih dan terus bersedih. sedih satu dua hari ok la. seminggu pon ok la ko nak nanges puas2, tapi life must go on. then, please bangkit and jangan terus sedih. percayalah! SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA. mungkin kita rasa before ni, dia lah orang yang paling sesuai kita pernah jumpe, tapi kita ni sape??? TUHAN ke??? bukan. kita bukan TUHAN. kita ni hamba Allah je, banyak dosa, banyak buat silap. kita merancang, tapi Dia yang menetukan dan Dialah sebaik-baik perangcang.

Allah tau ape yang terbaek untuk kita. believes me! mungkin orang tu tak sesuai untuk kita. macam mana nak hidup lagi 20-30 tahun kalau masing-masing tak sesuai. macam mana nak hidup sama-sama kalau masing-masing asyik bercanggah pendapat dan tak nak mengalah. macam mana nak hadapi semua tu kalau kita tak boleh nak fahami dia dan dia tak boleh fahami kita. macam mana nak didik anak-anak kalau kita sebagai parents pon tak boleh tunjuk perangai yang baik dekat anak-anak??

banyak benda yang perlu kita pikir sebenarnye. when something happens, there are reasons behind it. mungkin kita tak nampak sekarang,tapi kita akan nampak pada masa akan datang and pada masa tu, kita akan cakap, "THANKS GOD. SYUKUR PADAMU YA-ALLAH". i'Allah bila sampai masanya, jodoh kita ialah orang yang paling sesuai dengan kita. bukankah isteri dijadikan daripada tulang rusuk suami(sumber dari JAIS). jodoh kita semestinya orang yang dapat mebahagiakan kita dan sentiasa membuatkan kita tenang. i'Allah.

last,the most important thing:
hadis daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: 
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.” :) :) :)

p/s: aku rasa aku macam merepek and seriously aku tak tau nak bagi tajuk ape. tapi walau ape pon yang aku merepek,aku harap still bagi manfaat kt semua orang.

Sunday, December 11, 2011

di penghujung sem

bismillahirrahmanirrahim......

harini tanggal 11/12/11,hari ahad.hari hujan.sejuk.berselimut atas katil je and benda paling penting........................aku da MELALUT!!!!!hahahah.ok~nk cheer up my day :D

kalau ikutkan,ade lagi dalam lebih kurang 20 hari da nak final exam.jadual final exam pon da keluar and da fix kot rasenye.aiyoooo~exam is around the corner!!!ni jadual exam for 1st sem/2nd year:

31/12/2011: SMS 2308, Mathematical Methods
9/1/2012: SMS 2309, Introduction to Statistics
11/1/2012: ACC 1001K, Financial Accounting Fundamentals; 
       ECON 1500K, Introduction to Economics
12/1/2012: LE 4000K, English for Academic Purposes
13/1/2012: SMS 2307, Advanced Calculus

1st paper hujung bulan 12.then nex paper,9/1 pstu berturut2 exam.hahaha.mcm bes kn jadul mcm ni.jwb je la labu~then ade lg 1 date tu,skali 2 paper kena jwb cuma mase je yg lain.paper econ n akaun.2-2 subjek minor bisnes.tak sabarnye nak habes sem,pastu berehat2 kt rumah.

for 'you' at Gombak,sori sgt2 tak dpt spend time nak ajar akaun.mama kate tak payah balik mse krismas sebab mama nak datang pahang.kita merancang,tapi Tuhan yg menentukan dan Dialah sebaik2 perancang.mungkin nex tym kte boleh study same2 klu ade rezki :)

ini je update for today.thanks for reading.aku pon nak sambung buat research aku-Saving Money Awareness among IIUM Kuantan Campus.nex wik kena present.doakan yeah!thanks and salam.





Tuesday, November 29, 2011

ORDER TART AREA KUANTAN,SHAH ALAM,RAWANG,MERLIMAU,KUCHAI LAMA

salam untuk semua :)


petang sabtu lepas(26.11.2011), aku join kelas buat tart kt uia.almaklum lah.before ni makan tart je tau,tapi bile buat,tak tau plak.huhu.dengan bayaran sebanyak RM20,aku g kelas,belajar cara  buat cheese tart and fruit tart,then dapat 10 ketul tart yang aku buat sendiri tau! jangan maen2.haha. 


ok la kan kalau ikutkan?? bayar RM20, bawak balek 10 ketul tart. means g kelas tu juz bayar RM10 je la.belum lagi tolak makanan yg kita dpt(roti,air,bihun).berbaloi gk la! :) tart kak nat ni memang superb la!sedap sgt sampai nak jilat jari.huhu


papepon,yg penting ilmu yg disampaikan yg pling penting. nanti balek rumah boleh la buat kat rumah. bagi mama abah rasa. and tak lupa jugak, bagi cik abe try! t dia kena datang rumah amek tart ok? ;)

untuk orang kuantan yang nak order tart,boleh rujuk FB ni- Mai Nat Nathrah Dessert Tart
general info yang diperoleh dari FB:
~ hanya jual fruit tart and cheese tart(blueberry,strawberry,chocolate,kiwi,lemon,oren,peanut butter&plain& fruit tarts)
~boleh contact these numbers for order:
1) Nat: 012-333 8448 (Kuantan)
2)Atie: 012-659 7460 (Shah Alam)
3)Yaya: 017-607 6900 (Merlimau)
4)Arai: 013-905 3336 (Rawang)
5)Su: 017-276 6872 (Kuchai Lama)

jom kita lyn gambar masa kelas buat tart.zzzzzzzzzzzaaassssss~


 muka happy ble siap buat shell tart :D
 khusyuknye cik zahidah ;P
 aku pon happy! :D







ni anak kak nat~
gambar lepas habes kelas.hee~
it's mine! yg kiri uh.tapi corak tak cantek :( huhu

Monday, November 28, 2011

jauh di mata tapi dekat di hati kan?



**************************************************************
kita memang jauh di mata tapi dekat di hati kan?
nak kawan and enjoy dgn member laki perempuan pun tak salah.
nak hangout dgn diorang pon boleh.
tapi kena keluar ramai-ramai la.
jangan keluar berdua.
(nanti masing-masing kecik hati plak.huhu)
as long as kawan, kita masing-masing paham kan.
kawan is kawan.
tak lebih daripada tu.
tanpa kawan,hidup tak seronok.
SO,
enjoy your study, enjoy your life.
take care :)
**************************************************************


p/s: nak pos surat  ni g gombak la :P

Saturday, November 19, 2011

Terseliuh


 Salam semua. Tetinbe harini aku rasa nak update blog yang bersawang ni. Memang lame sgt tak updated sebab sibuk yang terlampau. For this week je ade 3 exam mid sem,1 assignment and 1 quiz. Sampai masa cuti raya haji haritu pon aku dok bawak balek 4 subjek tap tak tau la brape buku kan skali dgn slide,note,buku teks, buku latihan math, and bla3.

Bak kata madam akaun aku, “macam ni la baru student”. Huhu. Macam aku ni baru masuk u je sampai madam cakap camtu. Tapi memang aku ngaku la. 1st sem 2nd year rse macam ya Allah,penatnye. Tak sama mcm mse 1st year dlu. Mungkin dgn subjek yang lagi berat and lg banyak kena buat research,discussion, and etc. Walau ape pun, aku student and aku kena  buat yg terbaik for my study J

Untuk releasekan tension study yang ntah pape, aku join program inter batch sciencess. Aku ingat nak join volleyball,tapi nnt mesti grup volley tak ckup org and at the same time grup netball pon msti tak ckup org. so aku kne korbankan volleyball aku and join netball. Inter batch buat satu hari je( ahad,20/11/11).

Aku takde la reti sgt main netball. Tak hebat n tau gitu2 je la sebab aku tak suke rule netball. Haha. Then pagi tadi ktorg baru nak training sebab before ni ktorg sgt busy dgn exam.player yg dpt join pg td ade 7 org je.ade lg 3 org tak dpt dtg sebab ade hal. so by hook or by crook aku kne men jugk untuk semua game. Ktorg buat friendly match dgn dk bio 2nd year(tak ingat dk biotech or biomed). Ntah mcm mne kaki aku mcm tak stabil, jatuh dan terseliuh. Adoila. Efek petang semlm join ummatic run( da gune kaki byk sgt)and b4 lwn dgn dk bio 2nd year,ktorg lwn dgn dk bio 4th year.

Masa jatuh tu tak de la sakit sgt.still boleh jalan lg. and after g klinik pon aku still ok. Tapi ble da lame2,aiyooooooooooo,ammmmmmmaaaaaaaaaaa, tolonggggggggggggg!!!!!! Gua mau nanges la!!!!!!! Start pukul 12 tu da start sakit da. Sampai aku nak bagi kaki aku ni kebas je.bia tak rasa sakit. La ni pon tgh sakit tapi kena tahan je la.nak buat mcm mne kan. Bak kte sorg mmber aku ni, sakit ni kifarah J
Bila da sakit tu, jalan pon mle la slow2,turun tangga pon turunkan kaki satu-satu dulu, jalan tergedek-gedek, terseret-seret, kalau sakit tahan je la. Bila aku realise blek pasal sakit ni mse aku turun tangga, aku pikir mcm mne la org da tua yg sakit kaki tu turun tangga.sian diorang. Macam mane la arwah nenek aku dulu sakit kaki. Mesti sakit kan. Aku ni baru terseliuh kat buku lali da sakit macam nak gila.

Then,mase aku solat pon aku solat duduk.kaki melunjur ke depan sebab aku tak larat nak berdiri and kalau sebelah kaki je tampung satu badan memang tak tertampung la.silap hari bulan,2-2 kaki aku terseliuh. Lepas solat uh,aku terpikir macam mana la perasaan orang yang xde kaki( maksod aku kudung) boleh teruskan live dorang. kesian dorang. Ye la.aku bg contoh mse solat,bile kita solat dalam jemaah,semua org berdiri and kita ni yg tak mampu berdiri,kita solat duduk. Kita lagi rendah drpd org lain and dlm hati kita ckp,untungnye diorang ade kaki boleh berdiri.

And aku pon rasa malu sebab before ni aku ade kaki tapi tak jaga dgn baik. Ble da kena tarik nikmat, baru la aku rasa ape yg org lain rasa and baru perasan salah satu nikmat da kena tarik. Hurm L benda ni buat aku fikir lebih mendalam perasaan org lain yg aku tak dpt rasa. At the same time, aku bersyukur nikmat yg Allah tarik ni hanya sementara sebab Allah nak  bg peringatan dekat aku. I still have my kaki cuma tak boleh bergerak and sakit buat smntara wktu je.
ubat yg doktor bagi

Tapi still sedih sebab esok tak dapat main. doktor cakap tak boleh main lg. tggu 1-2 hari lg. Sian diorang yang lain sebab da kurang satu player for tomorrow. Jgn risau! Aku tetap bagi sokongan esok! :D aku tetap datang sport complex untuk support CTS BATCH 101. Tapi kena ade transport la. Sport complex uh jauh ceruk dalam hutan sanaaaa. Haha. K la semua. Doakan kaki aku cepat sembuh k. thanks 4 d’ doa. Salam and enjoy ur day~          


Wednesday, November 9, 2011

lelaki dan perempuan berbeza. hanya 1 persamaan: kedua-duanya dicipta oleh Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

lelaki dan perempuan
dua jantina yang berbeza
masing-masing punyai sifat yang berbeza
punyai cara yang berbeza
punyai aurat yang berbeza
punyai kematangan yang berbeza

mungkin sukar untuk perempuan fahami lelaki
mungkin juga sukar untuk lelaki fahami perempuan

banyak perkara yang boleh disalah ertikan antara lelaki dan perempuan:

perempuan caring sangat, lelaki kata terkongkong dan tiada kebebasan.
hakikatnya, itulah luahan sayang yang tak dapat diungkap oleh seorang perempuan kepada lelaki yang disayanginya.lumrah perempuan akan terlalu mencintai.

lelaki hendak bersendirian apabila ada masalah,perempuan kata lelaki abaikan dirinya.
hakikatnya,lelaki lebih suka bersendirian untuk menenangkan diri buat seketika waktu.

perempuan ingatkan balik sejarah lama si lelaki,lelaki kata mengungkit la tu!.
hakikatnya si perempuan mahu mengingatkan si lelaki supaya jangan ulangi kesilapan yang sama kerana si perempuan tidak mahu si lelaki bersedih
.
lelaki marah perempuan,perempuan kata lelaki hot-temperd and tak sayang dirinya.
hakikatnya semua orang perlu tahu marah itu tandanya sayang. bila lelaki marah, maksudnya dia amat menyayangi si perempuan dan mahu perempuan menjaga dirinya dengan baik.

perempuan menegur secara baik kesilapan lelaki,lelaki kata si perempuan mahukan orang yang sempurna.
hakikatnya si perempuan mahukan lelaki yang disayanginya bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik untuk masa depan bersama.

dan berbagai contoh yang lain yang mungkin anda alami.......
walaupun lelaki dan perempuan punyai sifat dan cara yang berbeza, tetapi perbezaan inilah yang akan menjadikan lelaki dan perempuan saling melengkapi.
itu yang patut berlaku dalam hubungan antara lelaki dan perempuan.

kalau si lelaki garang/hot-tempered,si perempuan mungkin seorang yang lembut hati begitu juga sebaliknya.
kalau si lelaki pendiam,si perempuan mungkin seorang yang peramah dan sebaliknya.
kalau si lelaki pemalas,si perempuan mungkin seorang yang rajin dan sebaliknya.

sifat tolak ansur perlu ada dalam setiap diri lelaki dan perempuan.tidak hanya sebelah pihak sahaja,tetapi perlu ada antara kedua-dua belah pihak.sifat tolak ansur ini yang akan menjadi penyelesaian dalam setiap masalah dan akan meredakan segala pertelingkahan dan pergaduhan.semua orang mahukan kehidupan yang bahagia.biarlah hari-hari yang berlalu dilalui penuh kebahagiaan tanpa kesedihan.andai ada kesedihan yang berlaku, itu adalah ujian dari-Nya.sama-sama muhasabah diri di mana kesilapan kita.wallahua'lam.

p/s: selama 2 tahun,4 bulan, 3 hari, kami tidak pernah bergadoh melebihi 1-2 jam.ubat untuk masalah ini ialah tolak ansur dan saling mengalah.kalau ada problem,cepat2 settlekan.and tak lupa,sering ucapkan kata maaf.jangan bagi masalah berpanjangan :)



Friday, October 21, 2011

sakit kepala =.='

sakit kepala.
da nak mid sem.
before midsem pon sama je -.-'
before cuti mid sem and raya haji ade 4 paper exam mid sem.
31/10-intro to statistics
1/11-mathematical method
3/11 petang- advanced calculus
3/11 malam maybe-english for academic writing(EAW)
tiap2 minggu macam nak gila
tiap2 minggu ade assignment
tiap2 hari kena buat latihan
tiap2 hari ade homework/tutorial/quiz
tiap2 hari kena belajar
dan tiap2 hari SAKIT OTAK
sape2 ade ubat tak?
tolong aku cepat~~~~

tapi harini aku da tak tahan :'(
kuatkan aku Ya Allah
aku nak tidur
aku nak rehat
hari2 yang berlalu sangat penat.


mama,sori tak wish lagi bufday 20/10/1969. saje tak nak wish. mama jangan sedih eh sebab kakak,an-an tak wish. kitorang da pakat tak nak wish. tapi minggu ni kakak balik nak buat surprise bufday mama dengan abah. umur mama da 42 tahun, abah da 44. sori jugak tak bagitau nak balik sabtu ni. da rancang dengan abang, and an-an da nak wat surprise tok sambut bufday mama abah. moga mama abah sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, hidup diberkati, and i always pray to Allah semoga ape yang mama abah buat kat dunia ni akan sentiasa Allah berkati and ditempatkan di syurga kat akhirat nanti bersama golongan orang2 yang beriman. mama abah is the best parents in the world. love both of you :) thanks sebab susah payah jaga and besarkan 7 orang anak :D


Friday, October 7, 2011

MASALAH DAN UJIAN

Bismillahirahmanirrahim.
untuk entry kali ni,,aku nak cakap perkara "common" berlaku dalam hidup kita as manusia. mungkin kita sedar, mungkin kita tak sedar.


MASALAH,PROBLEM,MUSYKILAH adalah satu perkara yang sama. tiada siapa yang pernah terlepas dari masalah. masalah yang terjadi boleh disebabkan oleh banyak faktor. bila seseorang itu mempunyai masalah,apekah yang dia rasa? mungin sedih, mungkin juga marah, mungkin juga "tension", mungkin juga perasaan yang lain-lain.


DEFINISI MASALAH


kereta pancit, takde duit, pening kepala, sakit hati, anak buat perangai
-ini semua adalah contoh masalah. masalah-masalah ini hanyalah sebilangan kecil jika dibandingkan dengan masalah-masalah yang lain yang terdapat di dunia ni. manusia tidak akan terlepas dari menghadapi masalah. kadang- kadang bagi sestengah orang, ia mungkin menjadi masalah bagi dia tapi bukan kita. kadang-kadang kita bermasalah dalam menghadapi sesuatu. tapi bagi orang lain, ia adalah perkara biasa dan tidak mendatangkan masalah. definisi masalah ini terlalu besar and terlalu subjektif bagi setiap orang.


MASALAH DAN UJIAN


masalah atau lebih sesuai kita panggil sebagai ujian. bilamana dipanggil ujian, kita perlu ingat bahawa ujian itu datang dari Allah. kadang-kadang kita salahkan pihak lain apabila kita ditimpa masalah. 


sebagai contoh, apabila dimarah oleh bos di tempat kerja. dengan perasaan marah, kita marah bos balik sebab cakap kita tak pandai buat kerja dan bos suka "complain". asek tak puas hati je.

BERSIHKAN DIRI, SUCIKAN HATI


pernah tak kita berada kat tempat bos and pikir kerja dia?
 pernah tak kita tau kerja bos tu macam mana?
 pernah tak kita pikir bahawa satu hari nanti kita mungkin akan jadi bos dan orang bawahan kita marah kita?
 pernah tak kita pikir semua itu?
perlu ke salahkan orang lain?


ini yang kebanyakkan orang buat. mereka tak pernah pikir semua itu. mereka tidak pernah pikir untuk berada di tempat orang lain. like english idiom said-have the shoe on other foot". sebagai orang Islam, kita seharusnya berfikir ape yang telah kita lakukan selama ini. adekah ape yang kita buat selama ini betul? pernah tak kita berfikir bahwa segala masalah yang datang itu datangnya dari dosa-dosa kita yang lalu. terlalu banyak dosa kita. terlalu banyak salah kita. terlalu banyak yang kita ingkar akan arahan Allah tanpa sedar dan tidak sedar.orang yang menulis ini pon terlalu banyak dosa :'( 


ALLAH MAHA MENGETAHUI


ye btol. setiap orang takkan lari daripada masalah. perlu kita ingat, masalah juga datang dari Allah. mungkin ia adalah ujian dari Allah atas dosa-dosa kita yang lalu. berfikiran positiflah terhadap Allah. jangan salahkan Allah atas ape yang berlaku. sesungguhnya Allah mahukan yang terbaik untuk hamba-hambanya dan Dialah yang Maha Mengetahui. mungkin hidup kita terlalu dipenuhi dengan kemewahan dan kesenangan sampaikan kita lupa pada Pencipta kita. bila ujian atau masalah menimpa, barulah dengan malunya kita terhegeh-hegeh mencari Allah. begitu lalainya kita pada Allah. masa senang kita lupakan Dia, masa susah kita cari Dia. sedangkan Allah sentiasa bersama-sama dengan kita setiap masa dan setiap waktu. ujian yang kita dapat adalah tanda Allah masih sayangkan kita.


"firman Allah SWT:wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”-hadis qudsi


jadi, apabila kita ditimpa masalah jangan mudah mengalah. muhasabah diri dan pikirlah hikmah disebalik ujian tersebut. terlalu banyak dosa kita, terlalu banyak khilaf kita pada Allah. berdoalah pada Allah moga ujian yang kita dapat ini akan meningkatkan iman kita dan membawa kita dekat kepada-Nya. Wallahu'alam.
nice joke i guess :D

p/s:aku juga hamba yang banyak dosa dan banyak khilaf. maaf andai diri ini tidak sempurna :'(





Wednesday, October 5, 2011

Worldless Wednesday::3|nice!



luahan hati seorang wanita~

U-Turn with Ustaz Riduan and Catriona Ross

salam to all readers. for this week,starting from today until 9th October 2011, mahallah aku ade buat event yg dinamakan MyWeek2011. opening ceremony bermula malam tadi pukul 8 malam-11.30 malam. alhamdulillah majlis Forum U-Turn yg berlangsung tadi berjalan dgn lancar and sgt best! :))
tetamu jemputan untuk forum U-Turn ialah Catriona Ross and Ustaz Riduan. uishhhhh. memang bes sgt2 forum td. moderator pon boleh tahan kelakar la. hahaha. the main point dlm forum tu ialah ilmu yg nak disampaikan. dalam forum tersebut,sprti yg kita semua maklum Catriona Ross adalah seorang artis tp alhamdulillah kini dia telah kembali kepada fitrah asal kejadian manusia-beribadah kepada Allah. 

dalam forum tu, beliau telah menceritakan perjalanan liku hidup dia dari kecil hinggalah sekarang. kehidupan seseorang ade yang pahit,ade yang manis. sama macam kehidupan dia jugak. banyak benda yang dia cerita dalam forum tu termasuklah ape yang membuatkan dia berubah untuk kembali mencari keredhaaan Allah.

sebenarnye boleh tahan lawak jugak Catriona Ross ni. haha :D and ade some part of speech dia yang aku tertarik ialah,"dalam badan manusia ade seketul daging. kalau baik daging tu, maka baiklah seluruh tubuh itu.kalau rosak daging tu, maka rosak lah seluruh tubuh itu. ketahuilah,ia adalah hati". kalau ade yang perasan,ape yang Catriona Ross cakap ni merupakan sebuah hadis yang sohih(hadis Bukhari). beliau sgt tekankan benda ni. ape-ape pon yang kita kena jaga ialah hati. hati memainkan peranan yang penting. even kalau ade orang bersangka buruk pada kita pon,kita maafkan je sebab kita tak mau hati kita rosak.

then,beliau sgt tekankan bahawa sumber segala ilmu ialah al-Quran. in my opinion, there are some people who do not know the important of al-Quran. they read the Quran, but they do not know the meaning behind of the Quran. some people might want to khatam the Quran as fast as possible but it is really mean that they know what Quran is talking about?? kdg-kdg hidup ni kita tak perasan pon benda-benda yg mcm ni. kita selalu ambil ringan(termasuklah aku jugak). kdg-kdg lalai and lupa. bila baca Quran tu, biarlah kita baca maknanya sekali supaya kita paham ape yang kita baca. bila kita paham, kita dapat practisekan dlm hidup kita ape yang Allah syariatkan dalam Quran. tanpa kita sedar, Allah cakap dgn kita melalui al-Quran.

kata-kata yang menarik dari ustaz Riduan plak ialah walau sape pon kita,jangan anggap diri kita ni suci. bukanlah maksodnye kita ni tak sucii. takkk. tap yg ustaz maksodkan kt sini ialah janganlah kita anggap diri kita ni terlalu suci sampai kita mengabaikan dan merendah-rendahkan orang lain. kita kena bercakap dengan manusia ikut kemampuan mereka. setiap manusia ni lain-lain. jadi cara untuk berdakwah dengan mereka pon lain-lain. mungkin niat seseorang untuk menegur tu da betul, tapi biarlah kena pada caranya dan dengan cara yang betul.


memang forum tadi sangat best! audience pon boleh tahan ramai. tak kering gusi dengar forum tu.asek gelak je. huhu.dalam pukul 11.15 malam cmtu,baru la habes forum tu. da habes tu,orang ramai plak berpusu-pusu nak ambik gambar dengan catriona ross. huu. tak caye cube tgok gambar kt bawah ni. skrg pon da pukul 1.16 pagi. aku kena tidor sebab esok ade kelas -.-' selamat malam and assalamualaikum :))
 from left:catriona ross, moderator, and ustaz riduan
 kak timah,kte curi gmbr k.timah dgn kak Cat ;P 
tertangkap gmbr ni plak.huhu

org ramai berpusu-pusu.huhu

Saturday, October 1, 2011

saya akan berjaya kalau........

salam semua! :) 
*mood: happy
huhu. ok. sbnrnye aku tgh penat ni. penat tadah mata hadap buku. entah ape yang aku study pagi ni aku pon tak tau. hahahaha. aku da study advanced calculus, statistics, math method. and allllllllllll about math! horray2! :D spe tak suke math meh kasi tau aku. aku akan ajar korang jatuh cinta kt math. hahaha. uwekkkk! 


actually math is so0o0o intersting~ believe me! all what we have done in our daily live is all about mathematics. dalam kita jual beli, dalam kita memasak and mengira cukatan, dalam kita melihat waktu and masa, sume pakai math, nombor and calculation. btol x?? so math senang and menarik kan?? ;D


berbalik pada tajuk, aku akan berjaya! yeah!!! 1 day t aku akan berjaya and berada kat atas bukit and lagi tinggi dari u all's.
 hahhaha. hebat tak?? *oppppsss!ada nada riak di situ. soriiii~ XD xdelah. tu semua gurau je ye. kalau aku berjaya, aku nak tgok kawan2 aku berjaya gk. tak bes la bila kita berjaya tapi orang lain tak berjaya :( biar berjaya sama-sama, baru la ade kenikmatan di situ :)

honestly, aku bukan orang yang pandai. parents aku pon bukanlah associated prof or dean universiti or wteva yg aku akan dapat kepandaian mereka secara tak langsung. mereka org yg biasa2 sahaja tp dpt lahirkan anak yg luar biasa mcm aku! haha. masa aku sekolah rendah dulu, aku ade 2 sekolah. sekolah kebangsaan and sekolah agama. sekolah kebangsaan ni aku agak kurang la. aku still dalam kelas pertama or yg kedua tapi aku tak boleh nak lawan dgn org yg btol2 pandai yg selalu dpt 5A. geram jugk aku knape aku tak boleh lawan dorg. grrrr~takpe lah tak dpt 5A pon. UPSR 4A1B pon still ok. detik aku dalam hati sambil bersyukur. sekola agama ni aku advanced sket! huhu. masa drjh 3, result aku ok sikit. naik darjah 4,5,6 pon alhamdulillah still menaik. sampaikan masa aku darjah 5 and 6,aku slalu compete dgn sorang mamat ni. kalau tak dia no1 dlm kelas, aku no2. kalau tak aku no1, dia no 2. hahaha.no3 tetap constant and orang yg sama. kesian dia. mesti bosan asek ktorg je yang dapat no1 and 2. tak bagi chance kt org len ;P

then,dpt result bgos sekolah agama and kira ok la UPSR, aku dpt masuk sekolah kat subang jaya or short form skolah tu SAMBESTARI. masuk skolah tu memang rse kena compete sebab yg masuk skolah tu semua top student dlm selangor. rasa mcm kecik je diri aku time tu. da la tak pandai, masuk skolah semua budak pandai2. aku penah terpikir, boleh ke aku lawan dorang. hurmmmm. subjek plak da makin susah tambah skali dgn subjek2 agama macam arab, tauhid feqah, tafsir hadith. gila2! boleh ke aku ni???? then masa ppriksaan pertengahan tahun form1, dalam form, aku dapat no 80 lebih out of 173. means aku kt tengah2 and aku rasa aku tak pandai. aku rasa aku tak boleh lawan diorang sampai aku form5 kalau stay skolah ni. form2 pon still same and aku dapat masuk kelas ke2 drpd 5. unexpected jugk la kn! hee~ 

nex form,still sama and takde yg berubah. pernah je mase mid year exam form3, aku tak nak hapal subjek2 agama sebab aku rasa penat da study and nak fokus kt subjek2 PMR je! holla2! haha. subjek2 agama semua aku fail. lalala~ siap kena pggl dgn ustaz lg -.-' *jgn ikut peranga buruk ni* 1 week before PMR, i got such an inspiration. smpai bila kau nak jd mcm ni?? kau tak kesian ke kat mama abah yg hantar kau sekolah, masuk asrama. untuk ape dorang hantar kau?? nak suruh main2?? nak suruh kau bawak balik result tak cemerlang?? nak suruh mama abah kecewa tgok parents lain hepi anak2 dpt 9A?? and aku mula tersentap! i need to change start now! i need to change myself for my own future and for mama abah yg susah2 hantar aku g sekolah. even lg 1 week before PMR, aku struggle kn diri aku untuk study. biarlah sampai ke titisan terakhir. cewaaahhh! and alhamdulillah, berkat doa mama abah,doa kawan-kawan and sekali gus dgn usaha aku yg tak ternilai harganya, i got 9A in my PMR.

bila da dpt 9A,aku stay sekolah tu and aku yakin aku setaraf dgn mmber2 yg lain kalau aku usaha and rajin study. aku hanyalah insan biasa,tapi aku yakin aku akan jadi orang yg luar biasa kalau usaha aku pon luar biasa.
 and this is proven! form 4 and form5 lagi la kena tambah usaha dgn subjek tambahan fizik, kimia and akaun. mase f4 aku ade exam kira besar gk la. exam ni orang pggl Sijil Menegah Agama(SMA). exam ni semua budak2 under skolah agama mngh Jais wajib ambik and aku dpt Mumutaz :)) satu prestasi aku yg paling membanggakan sepanjang aku sekolah kt situ ialah aku dpt makan high-table masa aku form5 :)) high-table ni untuk budak2 yg dapat top 25 dlm form mse exam mid year. means aku ni tergolong dlm top25 la. huhu. rasa mcm tak percaya tapi hkikatnye benar!  kalau mse form1,2,3,4 aku tgok je org dapat. jeles pon ade. ye la. mknn tym high-table tu kira mewah gk la. yg budk2 biase ni mkn kt dewan makan je. huhu. thanks to Allah again, aku dapat 9A dlm SPM. agak kecewa sebab x dpt 11A tapi aku tw aku da usaha yg terbaik. cuma ckgu kelas aku marah sebab paper BM aku dpt A2. ye la.ckgu tu yg ajar BM. sdey2! huhu. lg 1 paper yg sdey ialah paper PSI and english. cmne ntah boleh kantoi B3. english plak aku C5 -.-'

and now,kt uia aku still kena usaha untuk dpt best result. not good result, but best result! :) dri pj,smpailah kuantan rajin sentiasa ikut aku kemana-mana. cuma sekali sekala, malas pon nk ikut jugak. dia kata dia bosan sorang2. sekali sekala nak ikut jugak! hahahaha. walaupon aku ni kena rajin study, tapi sukan aku tak lupa ok. i still loves sports especially my volleyball. rindu nak main~~ yg penting,time management kena btol la. susun jadual elok2. huhu. aku tak dilahirkan pandai tapi aku akan berusaha untuk menjadi pandai.what u give, u will get! ape yg aku nak,aku try untuk dptkn! yeahhhhhhhh! ole2,sofiyyah boleh! conclusion tajuk aku kt atas tu, saya akan berjaya kalau saya berusaha :))

Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .”  At-Taubah:105

k dah hbes crita aku yg melalut pnjg berjela mcm mak nenek. stop! now,tyme for taking a nap! assalamualaikum ^_^

Friday, September 30, 2011

bulan syawal 1432H da habis da :)

salam semua. malam3!! aku malas study malam ni. hahaha. harini 29 September 2011 bersamaan 1 Zulkaedah 1432H. kiranya kt sini aku nak bgtw la yg bulan syawal da habes! da takde raya da. hehe. tapi bagi aku, walaupun raya da takde, kenangan raya tetap ade :)

untuk kali ke2nye, kami budak2 batch 101 math sciences/CTS (computational and theoretical sciences) dapat berkumpul bersama-sama menyambut jamuan raya. sebenarnye tarikh buat jamuan raya tu da lama da,19/9/2011 tapi aku baru sempat update. hee sori!

aktiviti yg sempat kotrg buat tym gathering raya ialah solat maghrib b'jemaah,bce yasin,mkn and main game. makanan yg disediakan: nasi tomato,buah tembikai and kuih raya. tak lupa jugak ade orang sponsor kek choc indulgent secret respi! sedap gilak la! huhu. thanks to org yg murah hati nk belanja. memang kenyang sgt mse mkn all those things.

nk crita byk2 pon,aku tak bpe ingt. kte tgok2 gmbr je la ye :)
 boyzzzzzz~
 ni dk2 laki batch aku yg setahon kt cfs.tp yg tgh2 tu bukan.dia sesat :P
 cntik2 belaka anak2 dara ni.huhu
 senyum! :)
 owh!ape yg aku tgh lakukan?? :$
 smgt 1 batch! :D
kami sntiasa bersama dri cfs pj ^_^
edited.

p/s:kononnye nk post bnde ni 29hb.aleh2 sebok edit n wt gtu gini,terlajak plak.haha.lantak laaa ;P

Tuesday, September 27, 2011

"Learn from mistakes.That's how we become better in life"

aku sedih??takpe,asalkan orang lain gembira sebab aku.
aku menangis??cukuplah hanya Engkau yang tahu.

"Never let anything bring you down in life. We learn from our past, our mistakes. That's how we become better in life"

kesilapan aku yang lalu akan mematangkan dan mendewasakan aku.
gembiralah duhai hati~
LA TAHZAN.INNALLAHA MA'ANA :))


nota kaki: kebanyakkan dalam blog ni aku tulis masa aku tengah sedih. sedih aku,aku suka simpan dalam hati.dalam blog ni,cukuplah aku luahkan ape yang aku sedih tapi orang tak tau aku sedih sebab ape. biar aku tak gembira,asalkan orang lain gembira. that's my prinsip.but sometimes,ade jugak keadaan orang lain tak gembira sebab aku.i'm so sori for everything i had done T.T


Monday, September 26, 2011

kita merancang,Tuhan yang menentukan

ya Allah,
Engkau tahu banyak mana usahaku,
Engkau tahu ape yang aku mahu,
Engkau tahu ape yang terkandung dalam hatiku,
Engkau tahu ape yang aku hajatkan dalam setiap doaku.


ya Allah,
jika itu keputusanMu,
kau redhakanlah hatiku,
mudahkanlah urusanku.

ya Allah,
jika itu yang terbaik untukku,
kau tenangkanlah hatiku,
tingkatkanlah imanku.

aku merancang,
Engkau yang menetukan,
Engkaulah sebaik-baik perancangan,
Engkau tahu ape yang terbaik untukku,
tentukanlah sebaik-baik keputusan dalam hidupku.

siapa aku untuk melawan arahanMu,
siapa aku untuk mengubah takdirMu,
siapa aku untuk menentang perancanganMu,
siapa aku untuk berpaling dari agamaMu,
siapalah aku......

aku hanya hambaMu yang hina,alpa,lalai dan sering melakukan dosa.
ampunkan aku :'(







Saturday, September 24, 2011

income sem ni da masuk

salam to all.sori sangat2 sebab da lama tak online.agak busy sket subjek sem baru ni.at the same time,bilik baru ni plak tak dapat wireless.grrrr~


post aku kali ni aku nak bgtw yg duit jpa untuk sem1 2011/2012 dah pon masuk :D alhamdulillah.sbnrnye duit masuk dri hari selasa klu tak silap.huhu.tp bru sempat post hrni.aku tgok org masuk blog aku ni sebab ramai sgt yg search psl duit jpa ble nk masuk.hoho~
seee.sume tgh tggu ble duit jpa nak masuk.huhu.sabar ye klu ade sape2 duit dia tak masuk lg.mungkin dia ikut kos kot nak masukkan duit ni.kita tggu je la.i'Allah dpt punye :))


memandangkan duit aku da ade,target aku untuk sem ni aku nak simpan duit banyak2.no more shopping or beli blah or menghabiskan duit entah ke mana or beli benda yg merapu yang tak penting.semalam jugak,aku da simpan duit dlm asb sebanyak 1k-$$$$$$$$$$$$$.duit2~senang je ko cair.haha.then,nex target aku mcm dlm gmbr kt bwh ni.
abaikan gmbr yg terlebih besar ni =.=' tapi en,yg target 2012/2013 tu cm tak sure je lg.hahahaha.adoi~ape ni buat target mcm ni.hahah.doa2kn lah aku ye.kalau rezki ade,i'Allah.struggling 4 ur own future.masa depan itu penting!study,do ur best and have a good life dunia and akhirat.amiiinnn~


k bye.aku nk study di petang yg bosan ni.lalalala~salam ^_~

Monday, September 12, 2011

unutk kali ke2nye..

salam semua. harini bermula la sem baru 2011/2012. alhamdulillah dpt dbri peluang untuk trus bljr n dptkn ilmu. niat sem baru ni moga ilmu yg aku dpt ni,aku dpt gunakn dgn sebaek mungkin. i'Allah.


alhamdulillah jugk, untuk kli ke2nye,tggl 9/9/2011 MrDaos dpt beraya lg kt rumah aku. alhamdulillah dpt layanan yg baik jugk drpd pihak tuan rumah wlupon agak busy sebab mlm tu plak mmbe2 abah seramai 40 org nk dtg beraya kt rumah :)


hujan panas kau redahi,ribut petir kau tempuhi,akhirnya sampai jugk. hahaha.ayat tak boleh blah. MrDaos smpai rumah aku dlm pkul 5.30 ptg jugk la. bertolak dri melaka dlm pkul 3 lbeh leps solat jumaat,smpi puchong pkul 5.30 ptg. hebat jugk la untuk org yg 1st tym dtg puchong naik moto! hahaha. dia tanya aku jalan mcm mne nk g puchong dri melaka, aku jwb baek punye."ala,agk2 nmpk signboard puchong,ikut je la.hahaha". aku nk explain lbeh2 pon tak boleh sebab aku pon tak pernah gerak dri puchong smpi melaka.
bila da smpai rumah aku,aku plak kelam kabut. aku naik atas,siap2 sume. smntra tu aku suruh adik aku layan dia n buatkn air dlu. hehe. then abg aku plak blek keje. nmpk dia,then tego2,borak2 sume leps tu abg aku offer dia rokok. hahaha. jangan tergoda dgn rokok! no way~ haha. agk lama gk la tak jumpe dia. lbey kurang setahon. lama sgt da rse. tp huhu. mke still tak berubah. but ade some part of fizikal dia da berubah. perot kot! dok rumah smpi 4 bulan. haha.so bali u balik, kena sukan and stay fit ok ;)


mak ayah aku balik kerja and terkejot dia ade. owh ye. prncgn ke rumah aku ni tak dirancang sebab tujuan asalnye dia nak g rumah makcik dia dlu b4 balik gombak. then dia kata pluang untuk dtg rumah aku 50-50 sebab dia tak tw jalan.aku ckp,takpe,klu ade rezki, i'Allah jumpe.klu takde,aku paham :)


so plan dia dtg ni aku tak bgtw parents aku lah sebab takot dia tak jdi dtg. kira ni main sergah je la. huhu. mama abah borak2 la dgn dia mcm bese. tp dpt layan kejp je sebb mama abah sibuk nk msk. aku pon sibuk kne msk jugk,tp tetamu da ade kn. lyn tetamu dlu :P  mama pesan kt dia balik lepas mghrib and mkn mlm kt ctu dlu. dok lepak2 rumah aku,then dlm kol 7.10 cmtu,dia g surau sebb da nk maghrib en.


dlm pkul 7.15 cmtu,tv kt uma aku da azan da.tp surau blom lg. then abah ckp,"kak,ble pakwe ko nk azan ni?". hahahahaha.aduh! aku ckp,ntah la,khusyuk sgt zikir kot :P hahah. kidding2. da solat maghrib sume, alhamdulillah siap da mskkn untuk dia. dlm pkul 8 macam tu la,dia gerak balik gombak. jalan nk balik gombak dri puchong?serbu je~hahahah.nmpk signboard kl,masuk.hahaha. b4 balik,mcm bese,dpt duit raya dri mama~hoho!


thanks a lot to U sebab sudi singgh rumah yg tak seberapa. sudi redah hujan kt seremban. walaupon mula2 agk tak tw jln ke rumah,tp alhamdulillah smpi jugk. thanks jugk sebab beranikan diri datang rumah sorang-sorang wlupon senanye agk malu dgn mama abah. thanks jugk sebab berusaha sedaya upaya untuk membuat pertemuan setelah setahon tak jumpa. a very100000x much thanks 4 U for everything u had done :)  sgt terharu!tak tw nak ckp ape. perkataan syukur je yg mampu keluar ^_^ tp sdey sebab terlupa nk bekalkan dadih coklat masa nak balik hrtu :( 


thanks a lot to mama abah sebab sudi layan dia dgn baik wlupon agak sebok. thanks jugk sebb sudi masakkn dia mkn malam.huhu. thanks a lot. sayang mama abah! :)
hope raya tahun depan boleh datang rumah lg untuk kali yg ke3 ^_^