Wednesday, November 9, 2011

lelaki dan perempuan berbeza. hanya 1 persamaan: kedua-duanya dicipta oleh Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

lelaki dan perempuan
dua jantina yang berbeza
masing-masing punyai sifat yang berbeza
punyai cara yang berbeza
punyai aurat yang berbeza
punyai kematangan yang berbeza

mungkin sukar untuk perempuan fahami lelaki
mungkin juga sukar untuk lelaki fahami perempuan

banyak perkara yang boleh disalah ertikan antara lelaki dan perempuan:

perempuan caring sangat, lelaki kata terkongkong dan tiada kebebasan.
hakikatnya, itulah luahan sayang yang tak dapat diungkap oleh seorang perempuan kepada lelaki yang disayanginya.lumrah perempuan akan terlalu mencintai.

lelaki hendak bersendirian apabila ada masalah,perempuan kata lelaki abaikan dirinya.
hakikatnya,lelaki lebih suka bersendirian untuk menenangkan diri buat seketika waktu.

perempuan ingatkan balik sejarah lama si lelaki,lelaki kata mengungkit la tu!.
hakikatnya si perempuan mahu mengingatkan si lelaki supaya jangan ulangi kesilapan yang sama kerana si perempuan tidak mahu si lelaki bersedih
.
lelaki marah perempuan,perempuan kata lelaki hot-temperd and tak sayang dirinya.
hakikatnya semua orang perlu tahu marah itu tandanya sayang. bila lelaki marah, maksudnya dia amat menyayangi si perempuan dan mahu perempuan menjaga dirinya dengan baik.

perempuan menegur secara baik kesilapan lelaki,lelaki kata si perempuan mahukan orang yang sempurna.
hakikatnya si perempuan mahukan lelaki yang disayanginya bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik untuk masa depan bersama.

dan berbagai contoh yang lain yang mungkin anda alami.......
walaupun lelaki dan perempuan punyai sifat dan cara yang berbeza, tetapi perbezaan inilah yang akan menjadikan lelaki dan perempuan saling melengkapi.
itu yang patut berlaku dalam hubungan antara lelaki dan perempuan.

kalau si lelaki garang/hot-tempered,si perempuan mungkin seorang yang lembut hati begitu juga sebaliknya.
kalau si lelaki pendiam,si perempuan mungkin seorang yang peramah dan sebaliknya.
kalau si lelaki pemalas,si perempuan mungkin seorang yang rajin dan sebaliknya.

sifat tolak ansur perlu ada dalam setiap diri lelaki dan perempuan.tidak hanya sebelah pihak sahaja,tetapi perlu ada antara kedua-dua belah pihak.sifat tolak ansur ini yang akan menjadi penyelesaian dalam setiap masalah dan akan meredakan segala pertelingkahan dan pergaduhan.semua orang mahukan kehidupan yang bahagia.biarlah hari-hari yang berlalu dilalui penuh kebahagiaan tanpa kesedihan.andai ada kesedihan yang berlaku, itu adalah ujian dari-Nya.sama-sama muhasabah diri di mana kesilapan kita.wallahua'lam.

p/s: selama 2 tahun,4 bulan, 3 hari, kami tidak pernah bergadoh melebihi 1-2 jam.ubat untuk masalah ini ialah tolak ansur dan saling mengalah.kalau ada problem,cepat2 settlekan.and tak lupa,sering ucapkan kata maaf.jangan bagi masalah berpanjangan :)



No comments: