Tuesday, November 29, 2011

ORDER TART AREA KUANTAN,SHAH ALAM,RAWANG,MERLIMAU,KUCHAI LAMA

salam untuk semua :)


petang sabtu lepas(26.11.2011), aku join kelas buat tart kt uia.almaklum lah.before ni makan tart je tau,tapi bile buat,tak tau plak.huhu.dengan bayaran sebanyak RM20,aku g kelas,belajar cara  buat cheese tart and fruit tart,then dapat 10 ketul tart yang aku buat sendiri tau! jangan maen2.haha. 


ok la kan kalau ikutkan?? bayar RM20, bawak balek 10 ketul tart. means g kelas tu juz bayar RM10 je la.belum lagi tolak makanan yg kita dpt(roti,air,bihun).berbaloi gk la! :) tart kak nat ni memang superb la!sedap sgt sampai nak jilat jari.huhu


papepon,yg penting ilmu yg disampaikan yg pling penting. nanti balek rumah boleh la buat kat rumah. bagi mama abah rasa. and tak lupa jugak, bagi cik abe try! t dia kena datang rumah amek tart ok? ;)

untuk orang kuantan yang nak order tart,boleh rujuk FB ni- Mai Nat Nathrah Dessert Tart
general info yang diperoleh dari FB:
~ hanya jual fruit tart and cheese tart(blueberry,strawberry,chocolate,kiwi,lemon,oren,peanut butter&plain& fruit tarts)
~boleh contact these numbers for order:
1) Nat: 012-333 8448 (Kuantan)
2)Atie: 012-659 7460 (Shah Alam)
3)Yaya: 017-607 6900 (Merlimau)
4)Arai: 013-905 3336 (Rawang)
5)Su: 017-276 6872 (Kuchai Lama)

jom kita lyn gambar masa kelas buat tart.zzzzzzzzzzzaaassssss~


 muka happy ble siap buat shell tart :D
 khusyuknye cik zahidah ;P
 aku pon happy! :D







ni anak kak nat~
gambar lepas habes kelas.hee~
it's mine! yg kiri uh.tapi corak tak cantek :( huhu

Monday, November 28, 2011

jauh di mata tapi dekat di hati kan?



**************************************************************
kita memang jauh di mata tapi dekat di hati kan?
nak kawan and enjoy dgn member laki perempuan pun tak salah.
nak hangout dgn diorang pon boleh.
tapi kena keluar ramai-ramai la.
jangan keluar berdua.
(nanti masing-masing kecik hati plak.huhu)
as long as kawan, kita masing-masing paham kan.
kawan is kawan.
tak lebih daripada tu.
tanpa kawan,hidup tak seronok.
SO,
enjoy your study, enjoy your life.
take care :)
**************************************************************


p/s: nak pos surat  ni g gombak la :P

Saturday, November 19, 2011

Terseliuh


 Salam semua. Tetinbe harini aku rasa nak update blog yang bersawang ni. Memang lame sgt tak updated sebab sibuk yang terlampau. For this week je ade 3 exam mid sem,1 assignment and 1 quiz. Sampai masa cuti raya haji haritu pon aku dok bawak balek 4 subjek tap tak tau la brape buku kan skali dgn slide,note,buku teks, buku latihan math, and bla3.

Bak kata madam akaun aku, “macam ni la baru student”. Huhu. Macam aku ni baru masuk u je sampai madam cakap camtu. Tapi memang aku ngaku la. 1st sem 2nd year rse macam ya Allah,penatnye. Tak sama mcm mse 1st year dlu. Mungkin dgn subjek yang lagi berat and lg banyak kena buat research,discussion, and etc. Walau ape pun, aku student and aku kena  buat yg terbaik for my study J

Untuk releasekan tension study yang ntah pape, aku join program inter batch sciencess. Aku ingat nak join volleyball,tapi nnt mesti grup volley tak ckup org and at the same time grup netball pon msti tak ckup org. so aku kne korbankan volleyball aku and join netball. Inter batch buat satu hari je( ahad,20/11/11).

Aku takde la reti sgt main netball. Tak hebat n tau gitu2 je la sebab aku tak suke rule netball. Haha. Then pagi tadi ktorg baru nak training sebab before ni ktorg sgt busy dgn exam.player yg dpt join pg td ade 7 org je.ade lg 3 org tak dpt dtg sebab ade hal. so by hook or by crook aku kne men jugk untuk semua game. Ktorg buat friendly match dgn dk bio 2nd year(tak ingat dk biotech or biomed). Ntah mcm mne kaki aku mcm tak stabil, jatuh dan terseliuh. Adoila. Efek petang semlm join ummatic run( da gune kaki byk sgt)and b4 lwn dgn dk bio 2nd year,ktorg lwn dgn dk bio 4th year.

Masa jatuh tu tak de la sakit sgt.still boleh jalan lg. and after g klinik pon aku still ok. Tapi ble da lame2,aiyooooooooooo,ammmmmmmaaaaaaaaaaa, tolonggggggggggggg!!!!!! Gua mau nanges la!!!!!!! Start pukul 12 tu da start sakit da. Sampai aku nak bagi kaki aku ni kebas je.bia tak rasa sakit. La ni pon tgh sakit tapi kena tahan je la.nak buat mcm mne kan. Bak kte sorg mmber aku ni, sakit ni kifarah J
Bila da sakit tu, jalan pon mle la slow2,turun tangga pon turunkan kaki satu-satu dulu, jalan tergedek-gedek, terseret-seret, kalau sakit tahan je la. Bila aku realise blek pasal sakit ni mse aku turun tangga, aku pikir mcm mne la org da tua yg sakit kaki tu turun tangga.sian diorang. Macam mane la arwah nenek aku dulu sakit kaki. Mesti sakit kan. Aku ni baru terseliuh kat buku lali da sakit macam nak gila.

Then,mase aku solat pon aku solat duduk.kaki melunjur ke depan sebab aku tak larat nak berdiri and kalau sebelah kaki je tampung satu badan memang tak tertampung la.silap hari bulan,2-2 kaki aku terseliuh. Lepas solat uh,aku terpikir macam mana la perasaan orang yang xde kaki( maksod aku kudung) boleh teruskan live dorang. kesian dorang. Ye la.aku bg contoh mse solat,bile kita solat dalam jemaah,semua org berdiri and kita ni yg tak mampu berdiri,kita solat duduk. Kita lagi rendah drpd org lain and dlm hati kita ckp,untungnye diorang ade kaki boleh berdiri.

And aku pon rasa malu sebab before ni aku ade kaki tapi tak jaga dgn baik. Ble da kena tarik nikmat, baru la aku rasa ape yg org lain rasa and baru perasan salah satu nikmat da kena tarik. Hurm L benda ni buat aku fikir lebih mendalam perasaan org lain yg aku tak dpt rasa. At the same time, aku bersyukur nikmat yg Allah tarik ni hanya sementara sebab Allah nak  bg peringatan dekat aku. I still have my kaki cuma tak boleh bergerak and sakit buat smntara wktu je.
ubat yg doktor bagi

Tapi still sedih sebab esok tak dapat main. doktor cakap tak boleh main lg. tggu 1-2 hari lg. Sian diorang yang lain sebab da kurang satu player for tomorrow. Jgn risau! Aku tetap bagi sokongan esok! :D aku tetap datang sport complex untuk support CTS BATCH 101. Tapi kena ade transport la. Sport complex uh jauh ceruk dalam hutan sanaaaa. Haha. K la semua. Doakan kaki aku cepat sembuh k. thanks 4 d’ doa. Salam and enjoy ur day~          


Wednesday, November 9, 2011

lelaki dan perempuan berbeza. hanya 1 persamaan: kedua-duanya dicipta oleh Allah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

lelaki dan perempuan
dua jantina yang berbeza
masing-masing punyai sifat yang berbeza
punyai cara yang berbeza
punyai aurat yang berbeza
punyai kematangan yang berbeza

mungkin sukar untuk perempuan fahami lelaki
mungkin juga sukar untuk lelaki fahami perempuan

banyak perkara yang boleh disalah ertikan antara lelaki dan perempuan:

perempuan caring sangat, lelaki kata terkongkong dan tiada kebebasan.
hakikatnya, itulah luahan sayang yang tak dapat diungkap oleh seorang perempuan kepada lelaki yang disayanginya.lumrah perempuan akan terlalu mencintai.

lelaki hendak bersendirian apabila ada masalah,perempuan kata lelaki abaikan dirinya.
hakikatnya,lelaki lebih suka bersendirian untuk menenangkan diri buat seketika waktu.

perempuan ingatkan balik sejarah lama si lelaki,lelaki kata mengungkit la tu!.
hakikatnya si perempuan mahu mengingatkan si lelaki supaya jangan ulangi kesilapan yang sama kerana si perempuan tidak mahu si lelaki bersedih
.
lelaki marah perempuan,perempuan kata lelaki hot-temperd and tak sayang dirinya.
hakikatnya semua orang perlu tahu marah itu tandanya sayang. bila lelaki marah, maksudnya dia amat menyayangi si perempuan dan mahu perempuan menjaga dirinya dengan baik.

perempuan menegur secara baik kesilapan lelaki,lelaki kata si perempuan mahukan orang yang sempurna.
hakikatnya si perempuan mahukan lelaki yang disayanginya bersama-sama berubah ke arah yang lebih baik untuk masa depan bersama.

dan berbagai contoh yang lain yang mungkin anda alami.......
walaupun lelaki dan perempuan punyai sifat dan cara yang berbeza, tetapi perbezaan inilah yang akan menjadikan lelaki dan perempuan saling melengkapi.
itu yang patut berlaku dalam hubungan antara lelaki dan perempuan.

kalau si lelaki garang/hot-tempered,si perempuan mungkin seorang yang lembut hati begitu juga sebaliknya.
kalau si lelaki pendiam,si perempuan mungkin seorang yang peramah dan sebaliknya.
kalau si lelaki pemalas,si perempuan mungkin seorang yang rajin dan sebaliknya.

sifat tolak ansur perlu ada dalam setiap diri lelaki dan perempuan.tidak hanya sebelah pihak sahaja,tetapi perlu ada antara kedua-dua belah pihak.sifat tolak ansur ini yang akan menjadi penyelesaian dalam setiap masalah dan akan meredakan segala pertelingkahan dan pergaduhan.semua orang mahukan kehidupan yang bahagia.biarlah hari-hari yang berlalu dilalui penuh kebahagiaan tanpa kesedihan.andai ada kesedihan yang berlaku, itu adalah ujian dari-Nya.sama-sama muhasabah diri di mana kesilapan kita.wallahua'lam.

p/s: selama 2 tahun,4 bulan, 3 hari, kami tidak pernah bergadoh melebihi 1-2 jam.ubat untuk masalah ini ialah tolak ansur dan saling mengalah.kalau ada problem,cepat2 settlekan.and tak lupa,sering ucapkan kata maaf.jangan bagi masalah berpanjangan :)