petang ni tangan rajin nak update blog. selalunye petang camni ade kt padang, main volleyball tapi petang ni hujan plak.
bdw, alhamdulillah ya Allah. rezeki duit JPA baru je masuk semalam. akhirnya! DUIT JPA DA MASUK. DUIT JPA SEM 2 2011/2012 DA MASUK! (saje nak tayang besar-besar yang duit jpa aku da masuk :P ). hahaha. takde la. gurau je ok! :D syukur sangat duit da masuk walaupon kira da lambat la sebab da nak sebulan da aku masuk sem baru. at least takde la asek mintak duit mama abah je. segan deh mintak mama abah sebab aku tau duit mama abah pon kadang-kadang tak cukup duit untuk kt rumah tu. they work hard for their family. thanks mama abah and aku malu mintak duit kt mama abah. ye la, walaupon aku tau tanggungjawab dorg untuk bg nafkah kt anak-anak, but still kita sebagai anak-anak jangan la buat muka tak malu mintak duit mak ayah.
cakap pasal duit JPA yang da masuk, ni la masanya untuk aku beli barang-barang aku. jadi harini aku keluar, then beli barang-barang keperluan yang tertunggak :'( tertunggak sebab ape?? sebab takde duit la. haha. harini aku pi bayar duit broadband, beli stok makanan, barang-barang toiletries, and beli sandal sekali. sandal yang aku pakai sekarang da koyak and aku tampal pakai gam gajah balik. sob3. yeayyy! alhamdulillah sangat-sangat. then dari duit JPA uh, aku spend RM 1300 untuk yuran sem ni, bayar etiqa takaful untuk 6 bulan- RM 600, spend duit dalam Tabung Haji untuk start nak g haji- RM 1300 (guna duit aku RM600 je kot, lebih abah support sket ye ^_^ ).
tiap kali dapat duit JPA je mesti aku bajet duit nak pakai untuk ape. at least aku kena ade saving sket supaya nanti takde la aku terkial-kial nak cari duit bile duit takde. duit tu penting tapi hidup jangan sampai dibutakan oleh duit. ingat pesanan penting cik sofiyyah! hoho.
baru- baru ni jugak, aku g habiskan baucar buku aku. yang tak boleh blahnye, aku g beli buku 1 hari 1 resepi. hoyeayyyy! haha. aku nak tambah lagi koleksi resepi aku. bes maaa tgok resepi dlm buku tu. terliur pon ade jugak. moga buku yang aku beli dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. amiiinn! ha. lagi satu, aku beli buku mudahnya mendapat rezeki. isi buku tu pon ok la. bila aku baca buku tu, aku dapat 'something'. "rezeki Allah sangat luas tak kira dalam bentuk duit, kejayaan, kebahagiaan, untung dan lain-lain. cuma kita kadang-kadang tidak mahu meneliti dan memikirkannya secara mendalam".
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"
-Ibrahim, ayat 7
cukup setakat ni je yang mampu aku cerita. sebenarnya ade satu lg yang terpendam dlm hati aku, tapi malu nak story kt sini. haha. pelik tetibe aku pemalu :P tapi hopenye everything ok, semuanya berjalan lancar, hati tenang, dipermudahkan segala urusan, and diberi kebahagiaan hidup dunia akhirat. ye.... aku tau iman aku tak mantap lagi, ade lopong-lopong lagi, banyak benda perlu diperbaiki, tapi aku tau rahmat Allah sangat-sangat luas untuk hambanya. may Allah bless all of us. amiiiiinnnnnnn1000x. sampai sini je aku tulis. i'Allah ade masa, kita ketemu lagi. wasalam.
mama(kiri) tanya bila nak balik.erm, tak tau lg sebab sem ni ade kelas hujung minggu. memang susah sangat nak balik. amim(kanan-my adik form 5), study well ok.tahun ni nak wt spm. haritu SMA da wt mama bangga dengan result ko. tahun ni mantain ok :)
No comments:
Post a Comment