Saturday, March 31, 2012

sudah pukul 3.30 pagiii

tiga jam yang lalu:
da pukul 12 ni.kena cepat-cepat siapkan marketing 
ni la case study marketing aku.

sekarang:
da pukul 3.30 pagi,tapi still tak siap-siap lagi.still banyak research kena buat and kena paham btol2 pasal case study.

tiga jam akan datang:
still menghadap laptop and tak tidur-tidur lagi sebab takut t tak terbangon suboh.


"Ya Allah,moga usahaku tidak sia-sia.amiiinnn"


p/s:u,,,terima kasih,thank you, arigato, syukran jazilan :) :)

Saturday, March 10, 2012

DISKAUN 80% UNTUK BAJU,JAM TANGAN DAN LAIN-LAIN LAGI

TAWARAN HEBAT!!!!!!!!!!
HiShop sedang mengadakan diskaun hebat sehingga 80% untuk kasut, beg tangan, jam tangan dan lain-lain lagi.

antara jenama terkenal yang terdapat HiShop ialah:

1- Jane Holli.shoes
2- Jane Holli.handbag
3- Love Soni
4- Jas. C
5- Marc Holli
6- Calvin Klein
7- Casio
8- Hugo Boss
9- Moschino
10- Seiko


selamat bershopping! :)

Monday, March 5, 2012

pelupa

salam senyum :D

perkara yang baru terjadi tadi sangatlah merungsingkan aku. tadi aku g mesin atm bank islam kat pintu pagar UIA uh. aku g situ sebab aku nak transfer duit takaful aku kat abang aku. nak suruh dia bayarkan. bila da selesai urusan,da amek resit sume, aku nak cepat-cepat keluar dari situ sebab kt belakang aku ade orang.

then bila aku da odw nak balik, tetibe ade orang panggil,"sis,sis". aku pon toleh. dalam hati aku,"dia panggil aku ke??". then dia hulur kad bank islam.O OWWWWWW~~~~ aku tak ambik pon kad atm aku tadi =.=' ayoiyoooo cik sofiyyahhhhh. malu sungguh. nasib baik bro ni jujur. kalau tak lesap la duit aku. sob3. thanks ye kt bro yang aku tak kenal tu. adehhh.

senanye banyak kali je aku jd cmni. kadang-kadang bila da beli barang, aku blah camtu je sampai tak ingat pasal baki ke ape. orang-orang yang jujur pulangkan lah balik duit aku. huhu. dapat yang peniaga yang tak jujur, sengih je dia dapat customer mcm aku. tu la dia aku ni. lately jadi je mcm ni. pelupa sungguh. moga masa akn datang tak jadi mcm ni lg. huhu

ow ye!lg satu story. hari sabtu haritu saye jumpe dia(guna saya jp.hee).
dia sebok-sebok nak jumpe saya. dia kata dia datang UIA Kuantan sebab ade intervarsity kulliyyah dentistry kt sport complex. dia ni junior saya and rapat dengan saya. dia main netball tok wakil UITM Shah Alam. alhamdulillah dapat no3. ok la kan. congratez mina ^_^ hepi dapat jumpe kamu walaupon kejap. t kalau datang UIA Kuantan lg, jangan segan-segan buat perkara tak malu mcm kte buat hritu tw. haha. thanks for the day. sayang kamu :)


k bye!nk cerita ni je~assalamualaikum ^_~

Sunday, March 4, 2012

selamatkanlah





*********************************************************
kamu!
cepat sampai Gombak ye.
saya risau.
risau sgt.
hati saya akan tenang kalau kamu bgtw yang kamu da sampai Gombak.
jaga diri.
and bawak moto elok-elok :)
moga perjalanan kamu selamt pergi balik dan dijauhkan dari segala bencana.amiiiinnnn.

*********************************************************

Friday, March 2, 2012

DUIT JPA SEM 2 2011/2012 DA MASUK



ANNOUNCEMENT!!!!!

DENGAN INI, SAYA PELAJAR DARI KULLIYYAH OF SCIENCE, IIUM KUANTAN INGIN MEMBERITAHU ANDA SEMUA BAHAWA DUIT JPA UNTUK SEM 2 2011/2012 DA MASUK.


baca mcm ayat skema je kan. haha. duit JPA masuk 1/3/2012(semalam). untuk universiti lain, aku tak sure duit korang da masuk or belum. mungkin korang da dapat dulu dari aku, mungkin jugak ade yg tengah tunggu bila duit nak masuk. kepada yang da dapat duit JPA, sila gunakan duit anda dengan sebaiknya. kepada yang belum, banyakkan bersabar ye :)

sekian terima kasih...


Rezeki bertambah lagi. Alhamdulillah

salam petang untuk semua :)


petang ni tangan rajin nak update blog. selalunye petang camni ade kt padang, main volleyball tapi petang ni hujan plak. 


bdw, alhamdulillah ya Allah. rezeki duit JPA baru je masuk semalam. akhirnya! DUIT JPA DA MASUK. DUIT JPA SEM 2 2011/2012 DA MASUK! (saje nak tayang besar-besar yang duit jpa aku da masuk :P ). hahaha. takde la. gurau je ok! :D syukur sangat duit da masuk walaupon kira da lambat la sebab da nak sebulan da aku masuk sem baru. at least takde la asek mintak duit mama abah je. segan deh mintak mama abah sebab aku tau duit mama abah pon kadang-kadang tak cukup duit untuk kt rumah tu. they work hard for their family. thanks mama abah and aku malu mintak duit kt mama abah. ye la, walaupon aku tau tanggungjawab dorg untuk bg nafkah kt anak-anak, but still kita sebagai anak-anak jangan la buat muka tak malu mintak duit mak ayah.


cakap pasal duit JPA yang da masuk, ni la masanya untuk aku beli barang-barang aku. jadi harini aku keluar, then beli barang-barang keperluan yang tertunggak :'( tertunggak sebab ape?? sebab takde duit la. haha. harini aku pi bayar duit broadband, beli stok makanan, barang-barang toiletries, and beli sandal sekali. sandal yang aku pakai sekarang da koyak and aku tampal pakai gam gajah balik. sob3. yeayyy! alhamdulillah sangat-sangat. then dari duit JPA uh, aku spend RM 1300 untuk yuran sem ni, bayar etiqa takaful untuk 6 bulan- RM 600, spend duit dalam Tabung Haji untuk start nak g haji- RM 1300 (guna duit aku RM600 je kot, lebih abah support sket ye ^_^ ). 


tiap kali dapat duit JPA je mesti aku bajet duit nak pakai untuk ape. at least aku kena ade saving sket supaya nanti takde la aku terkial-kial nak cari duit bile duit takde. duit tu penting tapi hidup jangan sampai dibutakan oleh duit. ingat pesanan penting cik sofiyyah! hoho. 
baru- baru ni jugak, aku g habiskan baucar buku aku. yang tak boleh blahnye, aku g beli buku 1 hari 1 resepi. hoyeayyyy! haha. aku nak tambah lagi koleksi resepi aku. bes maaa tgok resepi dlm buku tu. terliur pon ade jugak. moga buku yang aku beli dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. amiiinn! ha. lagi satu, aku beli buku mudahnya mendapat rezeki. isi buku tu pon ok la. bila aku baca buku tu, aku dapat 'something'. "rezeki Allah sangat luas tak kira dalam bentuk duit, kejayaan, kebahagiaan, untung dan lain-lain. cuma kita kadang-kadang tidak mahu meneliti dan memikirkannya secara mendalam".


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" 
 -Ibrahim, ayat 7

cukup setakat ni je yang mampu aku cerita. sebenarnya ade satu lg yang terpendam dlm hati aku, tapi malu nak story kt sini. haha. pelik tetibe aku pemalu :P tapi hopenye everything ok, semuanya berjalan lancar, hati tenang, dipermudahkan segala urusan, and diberi kebahagiaan hidup dunia akhirat. ye.... aku tau iman aku tak mantap lagi, ade lopong-lopong lagi, banyak benda perlu diperbaiki, tapi aku tau rahmat Allah sangat-sangat luas untuk hambanya. may Allah bless all of us. amiiiiinnnnnnn1000x. sampai sini je aku tulis. i'Allah ade masa, kita ketemu lagi. wasalam.

mama(kiri) tanya bila nak balik.erm, tak tau lg sebab sem ni ade kelas hujung minggu. memang susah sangat nak balik. amim(kanan-my adik form 5), study well ok.tahun ni nak wt spm. haritu SMA da wt mama bangga dengan result ko. tahun ni mantain ok :)