salam semua! :)
*mood: happy
huhu. ok. sbnrnye aku tgh penat ni. penat tadah mata hadap buku. entah ape yang aku study pagi ni aku pon tak tau. hahahaha. aku da study advanced calculus, statistics, math method. and allllllllllll about math! horray2! :D spe tak suke math meh kasi tau aku. aku akan ajar korang jatuh cinta kt math. hahaha. uwekkkk!
actually math is so0o0o intersting~ believe me! all what we have done in our daily live is all about mathematics. dalam kita jual beli, dalam kita memasak and mengira cukatan, dalam kita melihat waktu and masa, sume pakai math, nombor and calculation. btol x?? so math senang and menarik kan?? ;D
berbalik pada tajuk, aku akan berjaya! yeah!!! 1 day t aku akan berjaya and berada kat atas bukit and lagi tinggi dari u all's.
hahhaha. hebat tak?? *oppppsss!ada nada riak di situ. soriiii~ XD xdelah. tu semua gurau je ye. kalau aku berjaya, aku nak tgok kawan2 aku berjaya gk. tak bes la bila kita berjaya tapi orang lain tak berjaya :( biar berjaya sama-sama, baru la ade kenikmatan di situ :)
honestly, aku bukan orang yang pandai. parents aku pon bukanlah associated prof or dean universiti or wteva yg aku akan dapat kepandaian mereka secara tak langsung. mereka org yg biasa2 sahaja tp dpt lahirkan anak yg luar biasa mcm aku! haha. masa aku sekolah rendah dulu, aku ade 2 sekolah. sekolah kebangsaan and sekolah agama. sekolah kebangsaan ni aku agak kurang la. aku still dalam kelas pertama or yg kedua tapi aku tak boleh nak lawan dgn org yg btol2 pandai yg selalu dpt 5A. geram jugk aku knape aku tak boleh lawan dorg. grrrr~takpe lah tak dpt 5A pon. UPSR 4A1B pon still ok. detik aku dalam hati sambil bersyukur. sekola agama ni aku advanced sket! huhu. masa drjh 3, result aku ok sikit. naik darjah 4,5,6 pon alhamdulillah still menaik. sampaikan masa aku darjah 5 and 6,aku slalu compete dgn sorang mamat ni. kalau tak dia no1 dlm kelas, aku no2. kalau tak aku no1, dia no 2. hahaha.no3 tetap constant and orang yg sama. kesian dia. mesti bosan asek ktorg je yang dapat no1 and 2. tak bagi chance kt org len ;P
then,dpt result bgos sekolah agama and kira ok la UPSR, aku dpt masuk sekolah kat subang jaya or short form skolah tu SAMBESTARI. masuk skolah tu memang rse kena compete sebab yg masuk skolah tu semua top student dlm selangor. rasa mcm kecik je diri aku time tu. da la tak pandai, masuk skolah semua budak pandai2. aku penah terpikir, boleh ke aku lawan dorang. hurmmmm. subjek plak da makin susah tambah skali dgn subjek2 agama macam arab, tauhid feqah, tafsir hadith. gila2! boleh ke aku ni???? then masa ppriksaan pertengahan tahun form1, dalam form, aku dapat no 80 lebih out of 173. means aku kt tengah2 and aku rasa aku tak pandai. aku rasa aku tak boleh lawan diorang sampai aku form5 kalau stay skolah ni. form2 pon still same and aku dapat masuk kelas ke2 drpd 5. unexpected jugk la kn! hee~
nex form,still sama and takde yg berubah. pernah je mase mid year exam form3, aku tak nak hapal subjek2 agama sebab aku rasa penat da study and nak fokus kt subjek2 PMR je! holla2! haha. subjek2 agama semua aku fail. lalala~ siap kena pggl dgn ustaz lg -.-' *jgn ikut peranga buruk ni* 1 week before PMR, i got such an inspiration. smpai bila kau nak jd mcm ni?? kau tak kesian ke kat mama abah yg hantar kau sekolah, masuk asrama. untuk ape dorang hantar kau?? nak suruh main2?? nak suruh kau bawak balik result tak cemerlang?? nak suruh mama abah kecewa tgok parents lain hepi anak2 dpt 9A?? and aku mula tersentap! i need to change start now! i need to change myself for my own future and for mama abah yg susah2 hantar aku g sekolah. even lg 1 week before PMR, aku struggle kn diri aku untuk study. biarlah sampai ke titisan terakhir. cewaaahhh! and alhamdulillah, berkat doa mama abah,doa kawan-kawan and sekali gus dgn usaha aku yg tak ternilai harganya, i got 9A in my PMR.
bila da dpt 9A,aku stay sekolah tu and aku yakin aku setaraf dgn mmber2 yg lain kalau aku usaha and rajin study. aku hanyalah insan biasa,tapi aku yakin aku akan jadi orang yg luar biasa kalau usaha aku pon luar biasa.
and this is proven! form 4 and form5 lagi la kena tambah usaha dgn subjek tambahan fizik, kimia and akaun. mase f4 aku ade exam kira besar gk la. exam ni orang pggl Sijil Menegah Agama(SMA). exam ni semua budak2 under skolah agama mngh Jais wajib ambik and aku dpt Mumutaz :)) satu prestasi aku yg paling membanggakan sepanjang aku sekolah kt situ ialah aku dpt makan high-table masa aku form5 :)) high-table ni untuk budak2 yg dapat top 25 dlm form mse exam mid year. means aku ni tergolong dlm top25 la. huhu. rasa mcm tak percaya tapi hkikatnye benar! kalau mse form1,2,3,4 aku tgok je org dapat. jeles pon ade. ye la. mknn tym high-table tu kira mewah gk la. yg budk2 biase ni mkn kt dewan makan je. huhu. thanks to Allah again, aku dapat 9A dlm SPM. agak kecewa sebab x dpt 11A tapi aku tw aku da usaha yg terbaik. cuma ckgu kelas aku marah sebab paper BM aku dpt A2. ye la.ckgu tu yg ajar BM. sdey2! huhu. lg 1 paper yg sdey ialah paper PSI and english. cmne ntah boleh kantoi B3. english plak aku C5 -.-'
and now,kt uia aku still kena usaha untuk dpt best result. not good result, but best result! :) dri pj,smpailah kuantan rajin sentiasa ikut aku kemana-mana. cuma sekali sekala, malas pon nk ikut jugak. dia kata dia bosan sorang2. sekali sekala nak ikut jugak! hahahaha. walaupon aku ni kena rajin study, tapi sukan aku tak lupa ok. i still loves sports especially my volleyball. rindu nak main~~ yg penting,time management kena btol la. susun jadual elok2. huhu. aku tak dilahirkan pandai tapi aku akan berusaha untuk menjadi pandai.what u give, u will get! ape yg aku nak,aku try untuk dptkn! yeahhhhhhhh! ole2,sofiyyah boleh! conclusion tajuk aku kt atas tu, saya akan berjaya kalau saya berusaha :))
Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .” At-Taubah:105
k dah hbes crita aku yg melalut pnjg berjela mcm mak nenek. stop! now,tyme for taking a nap! assalamualaikum ^_^