Ada orang kata jangan minum air banyak2. Minum seteguk dua je,ini petua untuk awet muda. Ada pendapat mengatakan 8 gelas sehari. Yang mana betul???
Baru2 ini,Jurnal Psikologi Amerika telah mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang menyokong teori "8 gelas sehari". Saintifik tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air tetapi nasihat mengambil 8 gelas air sehari bukan satu nasihat yang baik.
Pertama,kita perlu meminum air berulangkali sepanjang hari. Mereka yang meminum air walau setengah gelas pada setiap jam akan mendapati diri mereka begiu bertenaga. Berapa banyak yang perlu diminum? Ia bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang dijalankan.
Lebih banyak anda kehilangan air,lebih banyak anda perlu minum,lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula minum terlalu banyak. Kenapa? Meminum terlalu banyak air boleh mnyebabkan keracunan air(sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tidak seimbang.
Peringatan:lebih banyak anda minum air,lebih banyak anda pelu menggantikan elektrolit anda. Bekalan elektrolit boleh diperoleh dari air minuman sukan seperti 100 plus,Excel dll.
Sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut,saya ada 1 petua untuk anda.masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya. Selamat Mencuba!!
No comments:
Post a Comment