Monday, May 17, 2010
.::12 sifat sahabat sejati::.
1. Jika engkau berbuat baik kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengan nya, dia akan membalas baik persahabatanmu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik
5. Jika dia mendapat sesuatu bantuan daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu itu
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan, dia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri(kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana terhadap dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu
12. Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
No comments:
Post a Comment