Saturday, January 28, 2012

Resepi Kek Oren Kukus Bersirap Limau

Salam semua. sori sebab lama sgt da tak update.mood nak berblogging da kurang, mood nak online pon kurang jugak. jadi memandangkan sekarang tengah cuti sem, aku baru je try satu resepi baru yang aku dapat dari paper. RESEPI KEK OREN BERSIRAP LIMAU. untuk buat kek ni, senang je sebenarnya. sape pernah try resepi kek coklat aku yang before ni, bahan2 semua lebih kurang je.

BAHAN A(KEK OREN):

3 biji telur ayam
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak zaitun/minyak Canola/minyak bunga matahari(kalau takde sgt minyak2 ni,pakai minyak sayur pon takpe)
1 biji limau sankist- parut ambil kulitnya sahaja
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning telur Star Brand

CARA MEMBUATNYA:

1- ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam dalam satu bekas
2- pukul telur bersama gula sampai kembang-masukkan minyak, susu, dan parutan oren tadi.
3- gabungkan no 1 dan 2, sambil letakkan pewarna sedikit dan kacau sehingga rata.
4-kukus selama satu jam.

BAHAN B(SIRAP LIMAU):

1 biji oren- ambil kulitnya, buang warna putih dan potong memanjang
1 1/2 cawan jus oren
1 cawan gula pasir

CARA MEMBUATNYA:

1- semua bahan disatukan dan renehkan selama 30 minit sehingga sirapnya pekat.
2- curahkan sirap dan hirisan limau tadi ke atas permukaan kek.

inilah hasilnya :)

dicuba buat kali pertama oleh tukang masak yang tak hebat ni.




2 comments:

budakijaupendek said...

Patutnye potong sikit bak mai sni. ^ ^

nazib ali said...

huh tegok cam sedap xtaw la rasanya hehehe

http://goo.gl/hSNgk