Sunday, March 4, 2012

selamatkanlah





*********************************************************
kamu!
cepat sampai Gombak ye.
saya risau.
risau sgt.
hati saya akan tenang kalau kamu bgtw yang kamu da sampai Gombak.
jaga diri.
and bawak moto elok-elok :)
moga perjalanan kamu selamt pergi balik dan dijauhkan dari segala bencana.amiiiinnnn.

*********************************************************

Friday, March 2, 2012

DUIT JPA SEM 2 2011/2012 DA MASUK



ANNOUNCEMENT!!!!!

DENGAN INI, SAYA PELAJAR DARI KULLIYYAH OF SCIENCE, IIUM KUANTAN INGIN MEMBERITAHU ANDA SEMUA BAHAWA DUIT JPA UNTUK SEM 2 2011/2012 DA MASUK.


baca mcm ayat skema je kan. haha. duit JPA masuk 1/3/2012(semalam). untuk universiti lain, aku tak sure duit korang da masuk or belum. mungkin korang da dapat dulu dari aku, mungkin jugak ade yg tengah tunggu bila duit nak masuk. kepada yang da dapat duit JPA, sila gunakan duit anda dengan sebaiknya. kepada yang belum, banyakkan bersabar ye :)

sekian terima kasih...


Rezeki bertambah lagi. Alhamdulillah

salam petang untuk semua :)


petang ni tangan rajin nak update blog. selalunye petang camni ade kt padang, main volleyball tapi petang ni hujan plak. 


bdw, alhamdulillah ya Allah. rezeki duit JPA baru je masuk semalam. akhirnya! DUIT JPA DA MASUK. DUIT JPA SEM 2 2011/2012 DA MASUK! (saje nak tayang besar-besar yang duit jpa aku da masuk :P ). hahaha. takde la. gurau je ok! :D syukur sangat duit da masuk walaupon kira da lambat la sebab da nak sebulan da aku masuk sem baru. at least takde la asek mintak duit mama abah je. segan deh mintak mama abah sebab aku tau duit mama abah pon kadang-kadang tak cukup duit untuk kt rumah tu. they work hard for their family. thanks mama abah and aku malu mintak duit kt mama abah. ye la, walaupon aku tau tanggungjawab dorg untuk bg nafkah kt anak-anak, but still kita sebagai anak-anak jangan la buat muka tak malu mintak duit mak ayah.


cakap pasal duit JPA yang da masuk, ni la masanya untuk aku beli barang-barang aku. jadi harini aku keluar, then beli barang-barang keperluan yang tertunggak :'( tertunggak sebab ape?? sebab takde duit la. haha. harini aku pi bayar duit broadband, beli stok makanan, barang-barang toiletries, and beli sandal sekali. sandal yang aku pakai sekarang da koyak and aku tampal pakai gam gajah balik. sob3. yeayyy! alhamdulillah sangat-sangat. then dari duit JPA uh, aku spend RM 1300 untuk yuran sem ni, bayar etiqa takaful untuk 6 bulan- RM 600, spend duit dalam Tabung Haji untuk start nak g haji- RM 1300 (guna duit aku RM600 je kot, lebih abah support sket ye ^_^ ). 


tiap kali dapat duit JPA je mesti aku bajet duit nak pakai untuk ape. at least aku kena ade saving sket supaya nanti takde la aku terkial-kial nak cari duit bile duit takde. duit tu penting tapi hidup jangan sampai dibutakan oleh duit. ingat pesanan penting cik sofiyyah! hoho. 
baru- baru ni jugak, aku g habiskan baucar buku aku. yang tak boleh blahnye, aku g beli buku 1 hari 1 resepi. hoyeayyyy! haha. aku nak tambah lagi koleksi resepi aku. bes maaa tgok resepi dlm buku tu. terliur pon ade jugak. moga buku yang aku beli dapat dimanfaatkan pada masa akan datang. amiiinn! ha. lagi satu, aku beli buku mudahnya mendapat rezeki. isi buku tu pon ok la. bila aku baca buku tu, aku dapat 'something'. "rezeki Allah sangat luas tak kira dalam bentuk duit, kejayaan, kebahagiaan, untung dan lain-lain. cuma kita kadang-kadang tidak mahu meneliti dan memikirkannya secara mendalam".


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" 
 -Ibrahim, ayat 7

cukup setakat ni je yang mampu aku cerita. sebenarnya ade satu lg yang terpendam dlm hati aku, tapi malu nak story kt sini. haha. pelik tetibe aku pemalu :P tapi hopenye everything ok, semuanya berjalan lancar, hati tenang, dipermudahkan segala urusan, and diberi kebahagiaan hidup dunia akhirat. ye.... aku tau iman aku tak mantap lagi, ade lopong-lopong lagi, banyak benda perlu diperbaiki, tapi aku tau rahmat Allah sangat-sangat luas untuk hambanya. may Allah bless all of us. amiiiiinnnnnnn1000x. sampai sini je aku tulis. i'Allah ade masa, kita ketemu lagi. wasalam.

mama(kiri) tanya bila nak balik.erm, tak tau lg sebab sem ni ade kelas hujung minggu. memang susah sangat nak balik. amim(kanan-my adik form 5), study well ok.tahun ni nak wt spm. haritu SMA da wt mama bangga dengan result ko. tahun ni mantain ok :)

Tuesday, February 21, 2012

Surat Untuk Awak........



Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...


untuk kamu yang bernama ___________,


sebelum saya membuka bicara,
sebelum saya mengatur kata-kata,
sudila kiranya saya memohon maaf di atas ape yg terjadi.


mungkin awak pon tau ape yang hendak saya perkatakan.
saya tak tau lagi ape yang yang perlu saya lakukan.
adakah semua yang berlaku itu disebabkan saya?
jika saya yang salah, maaf saja yang mampu dipinta.


walau ape pon yang terjadi,
saya mohon kiranya awak selidik dahulu ape yang terjadi.
selidik hingga ke akar umbi supaya kita tau mana yang betul, mana yang salah.
tidak perlu kita menuding jari tanpa mengetahui yang mana yang hak, yang mana yang batil.


teringin untuk saya bersahabat dengan kamu,
untuk menjawab segala persoalan,
tetapi apakan daya,
niat baik hati ini tidak diterima.


mungkin sukar untuk awak memaafkan perkara yang sudah lama terjadi,
tetapi kita tau bahawa setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.
saya tahu dan awak juga tahu.
hikmahnya pasti ada bila kita PERCAYA dan PASTI dengan ape yang terjadi.
pasti ada yang lebih baik dan sesuai untuk awak.
saya YAKIN :))
wish u all the best in whatever u do ;)
semoga kita dapat bersahabat sebagai saudara se-Islam.
wassalam...

sincerely,
noorsofiyyahshahiruddin


Monday, February 13, 2012

cahaya bulan kt TC ^_~

salam semua :) oh ye! lame da blog ni tak update kan? tuan2 blog ni pemalas sket bila da masuk sem baru. huhu. hari kames malam jumaat haritu, ade orang kate satu kuantan balckout. jadi, secara automatiknye, UIA Kuantan tercinta ni pon blackout la. gelap semuanya! masjid pon! ngeri! zzzzzz. tp lampu study and lampu toilet tak blackout plak. haha. k. ni lawak ok! jadi dalam gelap gelita dan kepanasan, aku n kawan2 aku(ida, huda, una) pon decide makan kt luar. dalam pukul 8 mcm tu, ade je area kuantan yg da tak blackout. UIA tercinta je still blackout lg. heh. dlm pas isya, ktorg gerak g jungle. makan2, then jeng3! zooooooommmmmmmmmmmm. g TC plak. ngeh3! ;P g amek angin kat TC plak sebab rasenye UIA still blackout and kalau balik bilik pon, dapat panas and gelap je. kat TC memang awesome! kebetulan mase ktorg pergi tu, bulan tengah penuh. waaaaa terang la kt situ. ktogr g beli aiskrim McD, then duduk2 kt atas pasir. tenang, cantik and Subhanallah! memang cantik sangat! :) :) :)




duduk2, borak2, then dalam pukul 11, ktorg balik bilik da. ye la, t kalau lambat plak, pak guard UIA garang saman ktorg. huhu. so takmo la cari masalah dgn pak guard2. peace yo! hehe. dlm ko 11.30, sampai UIA, waaaaaa gelap lagi ke????????? grrrrr~